Saturday 28 July 2012

DAKWAAN KKLW TIPU KC UMNO TIDAK BERASAS





Saudara Pengarang,

UNIT Komunikasi Korporat KKLW ingin merujuk kepada posting Iaman web Sabahkini.net bertarikh 19 Julai 2012 bertajuk 'KKLW Sabah Tipu Ketua Cawangan Umno'.

Dakwaan bahawa Pejabat Cawangan Negeri Sabah (PCN Sabah) KKLW telah mensabotaj sejumlah 52 projek pembinaan jambatan yang diluluskan oIeh KKLW dengan hanya 19 projek sahaja yang dibuka sebut harga didapati tidak berasas.

Berdasarkan rekod KKLW, bilangan projek oleh PCN Sabah adalah 40 buah sahaja di mana hanya 29 buah projek yang dilaksanakan di daerah Sandakan.

Daripada 29 buah projek ini, 17 buah projek telah diputuskan secara sebut harga selaras Tatacara Kewangan Persekutuan, manakala baki sebanyak 12 buah projek masih dalam proses penilaian sebut harga.

Sebagai makluman umum, pada tahun 2012, PCN Sabah telah menerima cadangan sebanyak 87 buah projek pembinaan jambatan untuk seluruh Sabah di mana 14 buah projek dibatalkan, 25 buah projek diserahkan kepada Pejabat Pembangunan Negeri Sabah (PPN), Jabatan Perdana Menteri serta 8 buah projek di bawah tanggungjawab Majlis Parbandaran Sandakan (MPS).

Terima kasih kerana memberi ruang untuk KKLW menjelaskan perkara sebenar agar tidak timbul kekeliruan dan kesulitan kepada mana-mana pihak. Ia secara tidak Iangsung menjadi salah satu saluran maklumat kepada KKLW untuk bertindak dengan labih proaktif menyelesaikan masalah, khususnya dalam memajukan komuniti Iuar bandar.

Sekian, terima kasih.

Salam Hormat,

MEOR HAFIZAN BIN ABDUL GHANI
Ketua Komunikasi Korporat KKLW

No comments:

Post a Comment