Friday 27 July 2012

DASAR KABOTAJ; CAPS SOKONG FSM




Oleh : DONNY YAPP

KOTA KINABALU : CAPS menyokong penuh saranan Presiden Persatuan Pengilang-Pengilang Sabah (FSM) supaya kerajaan Persekutuan lebih serius dalam mengepalai liberalisasi penuh dasar kabotaj dalam menangani kos tinggi barangan di Malaysia Timur.

Pendedahan Datuk Wong Khen Thau mengenai mesyuarat di Kuching berkenaan kabotaj yang mana kenyataan para pegawai Kementerian Pengangkutan Persekutuan menunjukkan sama ada pusat tidak serius atau mereka di bawah kawalan para monopoli perkapalan.

Ini kerana menurut Khen Thau, para pengoperasi perkapalan ini mengaut berbilion keuntungan bagi sektor perjalanan barangan dari Malaysia Barat ke Malaysia Timur setiap tahun.

Isu kabotaj ini berlarutan sudah sekian lama, CAPS berharap kerajaan negeri dan khususnya kepada persatuan-persatuan Cina atau para pemimpin Cina juga haruslah bersuara lebih lantang membela nasib para pengilang dan peniaga rakyat Sabah.

Selagi kos pengeluaran atau barangan yang diimport mahal maka pastinya harga semua barang terus mahal, jadi apalah gunanya kita di Sabah mempunyai banyak kilang tetapi dasar kabotaj ini belum ada penyelesaian.

Akhirnya yang rugi adalah pengguna Sabah sendiri. Sepatutnya negara kita yang sudah merdeka hampir 50 tahun dan ingin mencapi taraf sebuah negara maju, sudah mengkaji hal kabotaj ini sebab ia memberi kesan amat buruk kepada kemunduran di Malaysia Timur kerana kos hidup jauh lebih tinggi dan kemiskinan meningkat.

Slogan 1 Malaysia, 1 Wawasan, perlu ditambah satu lagi iaitu 1 Harga. Semua perkara harus mempunyai sistem yang mantap dalam soal pelaksanaannya, lebih-lebih lagi kita hidup dalam persaingan ekonomi global.

Kerajaan pusat dan negeri patut mengkaji balik perkara ini dalam peta laluan pengangkutan ekonomi serantau dan dunia, sepatutnya kedudukan geografi Sabah adalah yang paling strategik dalam soal pelabuhan.

Mengapa kerajaan Malaysia tidak menggunakan kesesuaian lokasi negeri Sabah sebagai negeri import dan export barangan ke luar negara, sedangkan ia boleh mengurangkan kos pelaburan dan masa.pada masa yang sama akan menarik perhatian para pelabur asing datang ke Sabah untuk menanam modal dan seterusnya membangunkan ekonomi.

13 comments:

  1. dasar kabotaj harus dikaji semula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Review the Cabotage policy allowing foreign vessels to dock in Sabah and Sarawak port without having to go through Port Klang.

      Delete
  2. sokong 1Harga 1Malaysia. harga barangan Sabah, Sarawak dan SM diselaraskan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agree with Ian Cooper. 1 Price, 1 Malaysia. Hopefully the Federal Government will take the right move to manage this higher-prices-of-goods-in-Sabah issue.

      Delete
  3. Ada baiknya dasar kabotaj di kaji semula demi kebaikan masyarakat Sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hopefully the Caboage policy can be reviewed for the good of Sabahans and Sarawakians.

      Delete
  4. Saya yakin jika ia dikaji semula dan diubah mengikut keperluan rakyat pasti hidup rakyat akan lebih baik dan kurang dengan bebanan harga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. The prices of goods between East Malaysia and West Malaysia should be the same, afterall we are living in the same country and using the same currency.

      Delete
  5. Hopefully FSM will be able to fight for the Establishment of the Cabotage policy so that the prices of goods in Sabah and Sarawak can be reduced.

    ReplyDelete
  6. Kaji jangan tidak kaji mengenai dasar kabotaj ini.

    ReplyDelete
  7. Perbezaan harga memang ketara sangat antara Semenanjung dan Sabah, Sarawak. Maka kerajaan persekutuan harus tampil dan cuba menyelesaikan perkara ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih baik harga diselaraskan

      Delete
  8. dasar kabotaj polisi harus dikaji semula samada masih relevance atau tidak

    ReplyDelete