Monday 2 July 2012

'DATUK S' GUBAH WANG HARAM?



Oleh : PAPARAZZI SABAHKINI.NET

MUNGKINKAH 'Datuk S' atau nama sebenarnya, Datuk Samsuddin Yahya terlibat dengan Skandal Penggubahan Wang Haram melalui pendapatan gelapnya sebagai Pengerusi Ko-Nelayan dan berjaya mempergunakan seorang jutawan terkenal Law Hon Sun @ Liew Pin Cheong sebagai salah seorang proksinya?

Jika tidak benar, mustahil Ninja SAA43L yang dihadiahkan oleh Presiden KDM Malaysia, Datuk Peter Anthony sering keluar masuk daripada perkarangan sebuah rumah Bungalow di Batu 7, Sandakan?

Persoalannya, desas-desus bahawa rumah berkenaan yang sebelum ini milik menantu Mantan Speaker Negeri Sabah, Datuk Seri Hassan Alban Sandukong telah dibeli 'Datuk S' dengan harga RM1.5 juta, tetapi hanya mengisytiharkan harga RM600,000 bagi mengelak cukai hartanah.

Bungalow berkenaan belum didiami sejak dibeli beberapa tahun lalu kerana 'Datuk S' masih tinggal di 'Istana' lamanya di Sri Taman; malah tidak pernah mengisytiharkan Bungalow berkenaan sebagai hartanya.

Bagaimanapun, 'Datuk S' telah menjadi David Cooperfields kerana berjaya melakukan embargo semua dokumen yang menjurus kepada bungalow berkenaan termasuk cukai pintu, cukai tanah dan sebagainya bagi mengelakkan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) memburu beliau kerana penglibatan beliau dengan Skandal Penggubahan Wang Haram?

Bagaimanapun, Paparazzi telah berjaya menghidu kepintaran 'Datuk S' yang menggunakan nama jutawan hartanah, Law Hon Sun @ Liew Pin Cheong sebagai pemilik berdaftar bungalow tersebut; apatah lagi sebelum ini 'Datuk S' telah menjual konsesi pembalakan kepada Law Hon Sun.

Tidak ada seorangpun rakyat Sabah yang menyangka bahawa 'Datuk S' boleh hidup mewah dengan kedudukannya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Sekong, Ketua UMNO Bahagian Batu Sapi dan Pengerusi Ko-Nelayan.

Namun 'Datuk S' yang sebelum ini dikaitkan dengan jenayah mencederakan Mantan Calon Bebas, bijak menggunakan jawatannya sebagai Pengerusi Ko-Nelayan untuk mendapatkan komisyen 10 sen seliter daripada minyak diesel bersubsidi yang sepatutnya diagehkan kepada nelayan yang mempunyai Fleet-Card.

Malangnya, kuota 5 juta liter minyak bersubsidi berkenaan telah diselewengkan kepada pemilik kapal tunda yang menjualkannya semula di pasaran gelap dan mengaut keuntungan berlipat kali ganda.

Kegiatan memerah keringat nelayan ini telah menyebabkan 'Datuk S' memperolehi 'Wang Kopi' yang tidak pernah diisytiharkan iaitu RM500,000 sebulan atau RM24 juta sepanjang empat tahun beliau menjadi Pengerusi Ko-Nelayan menggantikan Datuk Jasa Haji Rauddah.

Selain membeli bungalow berkenaan atas nama proksinya, 'Datuk S' turut dikesan mempunyai tabungan di Amanah Saham Bumiputera (ASB) sejumlah RM1 juta atas nama isteri pertamanya, Datin Junaidah Aji dan empat anak mereka Dewi, Rais, Ewat dan Arif.

'Datuk S' juga dikesan memiliki hartanah dan kereta mewah atas nama tiga wanita iaitu isteri rasminya, Datin Junaidah Aji; isteri yang tidak berdaftar Datin Nooraini Othman (Bekas Isteri Datuk Yahaya Lampong) dan gundiknya, Pia Binti Dahlan (PATI yang mendapat kad pengenalan yang didakwa keluarga terdekat TYT Sabah, Tun Juhar Mahiruddin)

Semua kehebatan 'Datuk S' boleh disemak dengan menaip 'Datuk S' di ruangan cari Sabahkini.net.

Mungkin menarik untuk diketahui umum, apakah Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman masih memberi kepercayaan kepada 'Datuk S' menerajui Ko-Nelayan setelah kontraknya tamat beberapa hari lalu atau menamatkan penindasan yang dilakukan terhadap nelayan selama ini.

Paparazzi tidak dapat mengenalpasti apakah Pengurus Besar Ko-Nelayan, Haji Masood Salleh turut bersubahat dengan 'Datuk S' kerana meluluskan semua tuntutan elaun dan bil Hotel Hyyatt sekalipun melebihi kuota yang ditetapkan. Namun percubaan Paparazzi untuk menghubungi Masood tidak berjaya.

26 comments:

  1. Hopefully this allegation involving Datuk Samsuddin Yahya money laundering will be investigated.

    http://sabah-go-green.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Datuk Musa must have his own reasons why he still trusted Datuk Samsuddin in the Ko-Nelayan project.

    http://sabah-go-green.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selagi beliau tidak dijatuhkan hukuman, harus juga percaya.

      Delete
  3. dakwaan ini belum tentu benar kerana belum ada bukti kukuh.. baik ia disiasat.

    ReplyDelete
  4. jika benar. tindakan boleh diambil terhdapnya.

    ReplyDelete
  5. Susha juga mahu pastikan sama ada cerita ini betul atau tidak. Silap cakap nanti kena saman pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul tu. Jadi lebih baik kita biarkan pihak yang bertanggungjawab buat siasatan tentang hal ini dulu sebelum buat apa-apa komen.

      Delete
  6. kalau ada bukti kukuh, buat laopran kepada polis dan SPRM...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biarlah pihak berkuasa membuat siasatan yang wajar.

      Delete
  7. jika tuduhan ini sahih, harap ada siasatan lanjutan dilakukan..

    ReplyDelete
  8. hingga sekarang, tidak ada pun tangkapan dilakukan terhadap mana-mana pihak dalam kes Pia Binti Dahlan (PATI yang mendapat kad pengenalan yang didakwa keluarga terdekat TYT Sabah, Tun Juhar Mahiruddin)

    ReplyDelete
  9. jika betul ada pihak yang telah melanggar undang-undang, maka wajarlah penangkapan dilakukan dengan segera

    ReplyDelete
  10. pihak berkuasa harus menjalankan tugas mereka dengan jujur dan amanah

    ReplyDelete
  11. harap tidak ada penyelewengan kuasa berlaku...

    ReplyDelete
  12. Siasat hal ini. Tak bestlah kalau tuduhan2 sebegini sering dilempar kepada orang2 umno. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuduhan harus ada bukti, jika tidak seakan fitnah juga.

      Delete
  13. Pihak berkuasa harus memastikan tiada sesiapa boleh dikecualikan dari tindakan undang-undang jika disabit bersalah.

    ReplyDelete
  14. kemukakan bukti yang kukuh dan pihak berkuasa akan bertindak.

    ReplyDelete
  15. Harap SPRM berjaya mengesan bukti yang sah.

    ReplyDelete
  16. Moga2 tiada pihak menyalahgunakan kuasa. Jika disabit bersalah, harus mengambil tindakan.

    ReplyDelete
  17. Jika dilihat dalam kes ini memang perlu disiasat. SPRM perlu tampil dan menyiasat mengenai dakwaan tersebut.

    ReplyDelete
  18. SPRM perlu membuktikan yang mana SPRM mampu menyiasat mengenai perkara sebegini. Ini bagi memastikan kepercayaan rakyat tidak ragu-ragu dengan SPRM ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SPRM harus melaksanakan tugas dengan amanah

      Delete
  19. Siasatan dan bukti adalah penting untuk pastikan dakwaan ni betul atau sebaliknya.

    ReplyDelete
  20. jika paparazi mempunyai semua bukti2 sebagaimana tuduhan yang dilemparkan, kenapa tidak buat laporan sprm atau polis??

    ReplyDelete