Friday 13 July 2012

DULU MAKI ANWAR, KINI KUTUK BN




Oleh: SHAIMON S JUMADI

PEMBOHONGAN besar para pemimpin pembangkang, khususnya Parti KeADILan Rakyat (PKR) semakin menjadi-jadi sehingga membosankan rakyat pelbagai jenis fitnah dilemparkan kepada pucuk pimpinan parti UMNO dan Barisan Nasional; namun sedikitpun tidak memesongkan buah fikiran ahli-ahli UMNO mahupun penyokong tegar komponen Barisan Nasional (BN).

Mereka sudah jelak dan bosan kerana ada sahaja yang tidak kena dengan para pemimpin PKR walaupun kerajaan buat yang terbaik untuk rakyat jelata tanpa mengira siapa mereka turut mendapat pelbagai kemudahan dan tidak terpinggir dalam menerima bantuan kerajaan.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Libaran, Suhaimi Hj Nasir berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Ketua Cabang PKR Libaran, Isnain Amat dalam satu sesi ceramahnya 'Jelajah Seri Kandi PKR Sabah' yang diadakan di Kampung Kagayan, Batu Putih, Jalan Airport Batu 7 Sandakan baru-baru ini.

Kata Suhaimi, PKR memang sudah tiada modal untuk menyebarkan pelbagai propaganda kepada rakyat terpaksa menggunakan teknik maki hamun, mencerca, memfitnah bagi menidakkan apa saja usaha yang dilakukan kerajaan BN.

"Di Libaran ini, siapa yang tidak kenal Isnain Amat? Beliau dahulunya adalah penyokong setia UMNO Libaran tetapi apabila permintaannya yang bukan-bukan di luar kemampuan Ketua Bahagian UMNO, beliau merajuk, lantas meninggalkan UMNO dengan alasan kerajaan BN-UMNO tidak membantu rakyat,” ujar Suhaimi.

Tambah Suhaimi, semasa Isnain berada dalam UMNO-BN, dialah orang yang pertama memaki hamun kepada para pemimpn PKR termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim dan apabila dia menyertai PKR, dia hentam pula UMNO-BN sambil mendakwa pemimpin UMNO tamak haloba.

"Dia apa kurangnya? Dulu dia kaya datangnya dari mana, kalau bukan dari UMNO-BN?," kata Suhaimi yang jengkel dengan tindakan Isnain.

Bagi Suhaimi, nama Isnain Amat di persada politik Libaran sudah basi. Siapa yang tidak kenal dengan sikap kacang lupakan kulit Isnain?

"Nanti dalam PKR pula, bila niatnya mahu jadi calon pada PRU 13 tidak tertunai oleh pucuk pimpinan PKR Pusat, maka dia keluar dan pusing balik hentam PKR dan Anwar Ibrahim. Orang macam ini langsung tidak boleh pakai, baik dalam BN-UMNO mahupun dalam PKR sendiri,” tegas Suhaimi lagi.

Apapun jelas Suhaimi, masyarakat di Sungai Sibuga dan Libaran sudah lali dengan fitnah dan maki hamun Isnain dan tiada orang yang mahu percaya, apa lagi mendengar hujah-hujahnya yang tiada hujung pangkalnya.

Untuk makluman tambahan, kata Suhaimi, kebanyakan para pemimpin PKR di kawasan Libaran ini 50 peratus adalah mantan ahli-ahli UMNO Libaran yang kecewa kerana semasa keberadaan mereka di UMNO banyak permintaan peribadi mereka tidak dilayan oleh pucuk pimpinan parti.

Untuk rekod, Isnain Amat pernah menentang Musa Aman dalam pilihanraya umum 1999 tetapi hanya memperoleh 282 undi ketika mewakili Parti Setia, berbanding Musa Aman yang mendapat 7,927 undi.

19 comments:

  1. isnain memang bukan lawan musa aman...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Musa masih kuat di Sabah. Lihat projek perkembangan, terbukti Musa sorang pemimpin yang baik.

      Delete
  2. nasib baik isnain sudah keluar...kalau tidak dia akan menjadi duri dalam daging..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia ni tiada pendirian.. orng mcm ni tak perlu kita sokong.

      Delete
    2. DUri dalam daging memang membawa masalah kepada parti

      Delete
  3. biarlah rakyat yang membuat keputusan nanti siapa yang layak memimpin Sabah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rakyat saja yang tahu siapakah yang mereka perlukan untuk terus memimpin.

      Delete
  4. parti yang ikhlas tentunya akan dipilih oleh rakyat bila musim PRU13 nanti

    ReplyDelete
  5. dan kerajaan harus teruskan usaha yang terbaik untuk rakyat jelata tanpa mengira kaum/bangsa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua bangsa harus diberi keutamaan juga.

      Delete
  6. disamping itu, pastikan rakyat turut mendapat pelbagai kemudahan dan tidak terpinggir dalam menerima bantuan kerajaan.

    ReplyDelete
  7. rakyat perlu bijak memilih parti yang terbaik untuk memimpin Sabah...

    ReplyDelete
  8. Musa tetap akan menjadi pilihan utama orang Sabahan.

    ReplyDelete
  9. Beginilah bila orang tidak ada pendirian sendiri sanggup melakukan perkara yang salah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dan sanggup jilat ludah sendiri.. pemimpin2 seperti ini baik berhenti saja dari berpolitik..

      Delete
  10. PKR tinggal tunggu gulung tikar saja

    ReplyDelete
    Replies
    1. PKR = Parti Kian Rapuh atau Parti Kelentong Rakyat..

      baik PKR fokus saja kerusi2 di semenanjung..

      Delete
  11. kesimpulannya, Isnain Amat ni telah meludah kemuka dia sendiri.. dulu parti itu di kutuk, sekarang parti itu juga yang jadi platform dia untuk kekal berpolitik..

    ReplyDelete