IJAB....Ella
selamat diijabkabulkan dengan Azhar selepas sembilan tahun berkenalan.
Oleh : MOHD AL QAYUM AZIZI
KLANG: Ratu rock negara,
Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminudin, 46, sah bergelar isteri kepada
juruterbang syarikat Firefly, Azhar Ghazali, 30-an dengan sekali lafaz.
Majlis pernikahan mereka
diadakan di rumah keluarga Ella di Teluk Gadung, Klang di sini kira-kira pukul
10.30 malam Sabtu.
Pasangan tersebut dinikahkan
oleh Jurunikah Masjid Nurul Iman, Klang, Baharuddin Abu Bakar berwalikan abang
sulung pengantin perempuan, Mohd Noor Izam Aminudin.
Ella dan Azhar sebelum itu
telah ditunangkan sebelum majlis akad nikah bermula.
Majlis pernikahan kedua-dua
mempelai dihadiri kira-kira 300 orang jemputan yang terdiri daripada kaum
keluarga pengantin kedua-dua belah pihak dan wakil media.
Pengantin perempuan menerima
RM50,300 sebagai mas kahwin berserta tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan
dulang.
Ella dan Azhar kelihatan
sedondon dengan persalinan berwarna krim rekaan Saiful Baharim.
Manakala majlis resepsi
mereka akan diadakan pada 1 Disember depan di Pusat Konvensyen Antarabangsa
Putrajaya (PICC).
Ella dan Azhar berkenalan
sejak sembilan tahun lalu dan hubungan itu menjadi serius sejak tiga tahun
kebelakangan ini.
No comments:
Post a Comment