Friday 13 July 2012

GAGASAN 1MALAYSIA MENJULANG PERLEMBAGAAN




APA KHABAR.....Ketua Menteri, Musa Aman (tengah) diringi Dato Sri Nasir (kiri), Datuk Ahmad Maslan (tiga kiri) dan Datuk Musbah Jamli (dua kiri) bersalaman dengan sebahagian peserta Seminar Kefahaman Wasatiyyah & 1Malaysia Peringkat Negeri Sabah di Kota Kinabalu.

Oleh : ARSHAD HUSSIN

KOTA KINABALU: Pada umumnya rakyat Malaysia mendukung dan mengamalkan prinsip 'Wasatiyyah' seperti yang termaktub pada perlembagaan negara yang secara adil telah menyeimbangkan kedudukan Islam sebagai agama persekutuan tanpa mengenepikan peranan agama-agama lain.

Manakala kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan tanpa melupakan peranan bahasa-bahasa lain dan kedudukan istimewa kaum Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak tanpa menafikan kepentingan kaump-kaum lain.

Menteri Di Jabatan Ketua Menteri,Dato Sri Nasir Tun Sakaran, menjelaskan hakikatnya konsep 1Malaysia adalah suatu gagasan yang mengembalikan semula rakyat negara ini kepada peri pentingnya menjaga, menghormati dan menjulang perlembagaan negara yang berlandaskan sejarah negara.

Katanya, dengan harapan semua mampu menjalankan peranan masing-masing sebagai rakyat negara tercinta dan walaupun wujud perbezaan pendapat hendaknya pendapat dan pandangan itu tidak sampai menggadaikan nilai dan maruah tanahair yang disayangi.

Beliau berkata demikian sempena perasmian Seminar Kefahaman Wasatiyyah & Gagasan 1Malaysia Peringkat Negeri Sabah.

Seminar itu dirasmikan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman. 
Nasir yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Seminar Wasatiyyah & 1Malaysia Peringkat Negeri Sabah,mengajak segenap lapisan rakyat bertekad menjadi warganegara yang berjasa kepada bangsa dan negara.

Ujarnya menambah, kita berkeyakinan bahawa kehadiran peserta dan para tetamu yang hadir menunjukkan betapa kita sebagai rakyat negara ini inginkan perpaduan, keamanan serta menjalani kehidupan yang selamat dan bahagia.

Hadir sama Speaker DUN Sabah,  Seri Panglima Mohd Salleh Tun Said; Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Tan Seri Sukarti wakiman; Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato Sri Jamil Khir Baharom dan Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Haji Ahmad Maslan; Menteri-menteri dan Pembantu-Pembantu Menteri Kabinet Negeri Sabah; Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan; Pemimpin-Pemimpin Parti Komponen Barisan Nasional dan kakitangan kerajaan negeri dan persekutuan.


19 comments:

  1. nilai2 dalam 1malaysia harus dihayati dan diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat demi kesejahteraan bersama..

    ReplyDelete
  2. sabah adalah contoh kepada perpaduan dalam konsep 1Malaysia..

    ReplyDelete
  3. Perpaduan antara kaum dan bangsa harus diamal dan dipelihara.

    ReplyDelete
  4. kerajaan harus sentiasa membuat kempen untuk mengeratkan perpaduan antara kaum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kempen mengeratkan perhubungan antara satu sama lain memang digalakkan.

      Delete
  5. Seminar itu dirasmikan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman.
    Nasir yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Seminar Wasatiyyah & 1Malaysia Peringkat Negeri Sabah,mengajak segenap lapisan rakyat bertekad menjadi warganegara yang berjasa kepada bangsa dan negara.

    Harap-harap mendapat sambutan golongan awam.

    ReplyDelete
  6. Syukur bahawa kerajaan mementingkan perpaduan dan keharmonian negara.

    ReplyDelete
  7. semangat 1Malaysia harus kita serapkan dalam diri kita, ia memupuk kepada perpaduan.

    ReplyDelete
  8. Perpaduan antara bangsa dan kaum harus diutamakan. Cuma unsur ini boleh membawa perkembangan yang berterusan.

    ReplyDelete
  9. Semangat ini harus dipupuk sejak kecil lagi.

    ReplyDelete
  10. Selain dari Bahasa Melayu, Bahasa English adalah bahasa penting dan harus diutamakan terutama negara kami menuju ke arah antaratbangsa.

    ReplyDelete
  11. Semoga kerajaan tidak mengabaikan suku kaum di Sabah.

    ReplyDelete
  12. Gagasan 1 Malaysia seharusnya disokong sepenuhnya. Kerana kita perlu tahu apa tujuan sebenar gagasan ini ditubuhkan. Jangan terpedaya dengan permainan politik pembangkang.

    ReplyDelete
  13. Negara Malaysia sememangnya satu Negara yang perlu dicontohi. Ini kerana dengan pelbagai agama, kepercayaan, budaya, ajaran, bangsa, kaum dan etc tapi Malaysia masih mampu berdiri dengan keamanan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perpaduan perlu ada di M'sia

      Delete
    2. Malaysia sememangnya aman.. dan lagi aman jika tidak ada puak2 terdesak yang sanggup menghancurkan keamanan ini semata2 mahu berkuasa..

      Delete
  14. Konsep 1M'sia perlu dipupuk dan disemai

    ReplyDelete
  15. sukar untuk negara ini menikmati keamanan dan perpaduan jika masih ada pihak yang cuba merosakkan keamanan dan perpaduan ini semata2 untuk kepentingan mereka..

    ReplyDelete