Tuesday 31 July 2012

'GENG HERMAN, AH KIONG' TUMPAS




TAWAU : Polis di sini percaya berjaya menumpaskan dua kumpulan curi dan pecah rumah yang dikenali sebagai 'Geng Herman' dan 'Geng Ah Kiong' apabila lapan anggota kedua-dua kumpulan berkenaan diberkas dalam dua kes berasingan minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Ibrahim Chin berkata berikutan kejayaan itu, pihaknya percaya berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya 30 kes pecah rumah dan curi yang dilaporkan berlaku di daerah berkenaan sejak awal tahun ini.

Bagaimanapun, Ibrahim berkata nilai 39 jenis barangan yang ditemui semula daripada kedua-dua kumpulan berkenaan belum dapat ditentukan dan polis percaya ada di antara barangan yang dicuri kumpulan itu sudah dijual atau dilupuskan.

"Kejayaan ini adalah hasil tindakan pantas polis menyerbu sebuah premis di sebuah flat di Jalan Baru Fajar pada 23 Julai lalu setelah pihak polis mengesan suspek yang terlibat memecah masuk kedai salon kecantikan di kawasan bandar Tawau, bersembunyi di sana.

Menurut Ibrahim siasatan awal mendapati kelima-lima suspek berumur antara 24 dan 37 tahun itu merupakan anggota kumpulan Geng Herman yang dipercayai terlibat memecah masuk sebuah salon kecantikan pada 22 Julai lalu ketika pemilik premis perniagaan berkenaan sedang bercuti. (Bernama)

No comments:

Post a Comment