Thursday 19 July 2012

GEORGE KENT BELUM DAPAT TENDER LRT




Oleh : NIGEL AW

George Kent (Malaysia) Berhad, yang tersepit di celah-celah kontroversi dakwaan campur tangan perdana menteri dalam projek sambungan LRT, menegaskan mereka belum mendapat tender RM1 bilion itu.

Pengerusinya Tan Kay Hock (sisipan) ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat agung tahunan syarikat di ibu pejabatnya di Puchong pagi kelmarin berkata perkara itu masih dalam proses penilaian.

"Tidak... tidak... Ia belum dianugerahkan, jadi tunggulah dulu. Tunggulah sehingga kerajaan menganugerahinya, ia mungkin datang kepada kita, mungkin tidak," katanya. (MKINI)

No comments:

Post a Comment