Friday 13 July 2012

GRO ASING MASIH TERKAWAL DI LABUAN




LABUAN: Ahli Parlimen Labuan, Datuk Yussof Mahal berkata kegiatan pelayan pelanggan asing (GRO) masih terkawal sepenuhnya oleh pihak berkuasa tempatan termasuk polis dan Imigresen.

Katanya, tidak ada penambahan kemasukan pelanggan asing ke wilayah ini sejak beberapa tahun yang lalu dan jumlah mereka kekal seperti yang di tetapkan dalam kuota.

“Tiada penambahan berlaku jumlah mereka masih kekal dan pihak berkuasa seperti polis dan Imigresen sentiasa memantau pergerakan mereka dari masa ke semasa” katanya ketika diminta mengulas mengenai kenyataan akhbar tempatan pada Selasa yang menyebut GRO Asing Timbulkan Masalah di Labuan.

Menurut beliau, kehadiran GRO asing di Labuan ini adalah mereka yang telah diluluskan permit mereka untuk bekerja sebagai pelayan yang dikhususkan di dalam pusat-pusat hiburan tertentu yang dikunjungi oleh pelancong asing termasuk pekerja-pekerja minyak dan gas yang sebahagian besarnya merupakan warga barat.

Dalam perkembangan yang sama, Pengarah Jabatan Imigresen Labuan, Sarbini Hussin berkata, pihaknya telah membuat operasi dari masa ke semasa sepanjang tahun lalu dan telah menahan seramai 194 orang yang disyaki sebagai GRO.

“Kita juga telah menahan dua orang GRO yang didapati berpakaian yang terlalu menjolok mata di khalayak ramai walaupun kita tidak mempunyai kuasa khusus untuk perkara itu” katanya.

Sarbini menjelaskan perkara itu ketika sesi dialog BPA Mesra Rakyat anjuran Biro Pengaduan Awam yang diadakan di Labuan pada Isnin.

Menurut Sarbini lagi,ketika ini sebanyak 250 GRO yang berlesen telah dibenarkan untuk bekerja di 37 buah premis pusat hiburan.(ST)

No comments:

Post a Comment