Friday 27 July 2012

HANYA BN KERAJAAN BERKALIBER





BERBINCANG…Sementara menunggu masa berbuka puasa, V.K Liew sempat berbincang dengan para pegawai kanan MPS mengenai beberapa isu mendesak perhatian segera.

Oleh : SHAIMON S JUMADI                      Foto : HARRY CHUNG

HANYA kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mampu dan mempunyai kredibiliti membangunkan negara menuju negara berpendapatan tinggi di samping menyatupadukan semua kaum tanpa mengira latar belakang mereka.

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata demikian kepada Sabahkini.Net sejurus selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa Ramadhan bersama kakitangan dan Pegawai-Pegawai Kanan Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) di Hotel Four Points Sandakan, malam tadi.

“Sebagai pemimpin kerajaan kita tidak lupa kepada jasa-jasa dan peranan para pegawai kerajaan yang mana banyak membantu pihak kerajaan dalam merealisasikan pentadbiran agar cekap dan beretika ketika menjalankan tugas. Ini merupakan satu suntikan semangat jati diri untuk menambahbaik pentadbiran,” kata Liew.

Katanya lagi, setiap pegawai mahupun pemimpin kerajaan memang tidak sunyi daripada menerima kritikan, cemuhan, cacian kerana sudah pasti ramai yang tidak berpuas hati dengan sistem penyampaian dan pentadbiran yang sering tergendala kerana karenah birokrasi.

“Ada juga kritikan yang membina untuk menyedarkan dan menambah baik perjalanan sistem pertadbiran. Teguran ikhlas seumpama ini boleh kita guna pakai  sebagai satu peringatan. Lainlah jika kritikan liar daripada pembangkang yang ketandusan isu dan hanya mengitar semula isu untuk menghentam kerajaan secara membuta tuli," kata V.K.Liew yang jengkel dengan sikap pembangkang selama ini.


 


KENANGAN.....V.K Liew bergambar bersama tetamu Majlis Berbuka Puasa di hadapan hotel berkenaan.

Liew menambah, tujuan mengadakan Majlis Berbuka bukan sekadar menjalinkan hubungan mesra antara kakitangan, pegawai kerajaan dengan para pemimpin kerajaan, malah mewujudkan suasana dan budaya kerja yang gemilang.

Diajukan soalan mengenai masa tepat untuk pilihanraya umum ke 13, Liew hanya menjawab keputusan berada di tangan Perdana Menteri kerana beliau sahaja yang tahu bila pilihanraya diadakan.

Majlis Berbuka Puasa anjuran Majlis Perbandaran Sandakan tajaan Pejabat Perhubungan Parlimen Sandakan telah di hadiri seramai 50 orang termasuk Timbalan Presiden MPS Hj Mohd Hamsan Hj Ag Supain, Pegawai Khas Kepada Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong iaitu Datuk Lim Ming Ho, Timbalan Pengarah JASA Bahagian Sandakan Hajah Zaitun Abd Hamid dan Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen P186 Sandakan Charlie Pang.

8 comments:

  1. BN byk membawa pembangunan kepada negara sehingga Malaysia dikenali di mata dunia.

    ReplyDelete
  2. Rakyat akan tentukan siapa yang lebih berkaliber PRU nanti.

    ReplyDelete
  3. The people will be able to judge for themselves which government is more capable to lead the state, and they will cast their votes accordingly during the next GE.

    ReplyDelete
  4. May the best man win during the next General Elections.

    ReplyDelete
  5. Buktikan jika benar kerajaan BN adalah yang terbaik.

    ReplyDelete
  6. Kalau dilihat pun memang BN banyak memberikan pembangunan kepada Malaysia termasuklah Sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudah2an hasil kerja akan semakin berkualiti

      Delete
  7. MPS banyak menerima aduan perlu pertingkatkan imej dan kualiti MPS

    ReplyDelete