MASIH BERHARAP..... Ahli
keluarga Peter ketika menunggu berita tentang insiden tersebut di jeti
penumpang Pekan Sebuyau, semalam.
KUCHING: Seorang juruterbang
warga Jerman terselamat manakala tiga lagi penumpang, termasuk Naib Pengerusi
PKR Sarawak Peter Ato Mayau, masih hilang apabila sebuah helikopter milik
syarikat Sebiro Holdings terhempas di muara Sungai Triso, Sri Aman, pagi
semalam.
Helikopter yang diterbangkan
Riko Steger, 35, terhempas pada kira-kira jam 9.30 pagi setelah berlepas dari
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) pada jam 9 pagi dengan membawa
tiga pekerja syarikat tersebut atas urusan kerja di Nanga Merit, Kapit.
Mangsa yang masih hilang
ialah Peter yang juga jurutera, 53, juruukur bahan Siti Khuzaimah Anwar dan
arkitek Henry Loh. Mereka dikatakan dalam perjalanan untuk melakukan
pemeriksaan terhadap projek pembinaan sekolah di tempat dituju.
Ketua Polis Daerah Sri Aman
DSP Mat Jusoh Mohamad berkata, Rko yang menerbangkan helikopter Eurocopter EC
120 berenang dengan jaket keselamatan kira-kira empat jam untuk tiba di Kampung
Tebelu yang terletak 20 kilometer dari Pekan Sebuyau.
“Maklumat awal yang kita
terima, ketika kejadian heli-kopter terbang dalam cuaca buruk dan dikatakan
mengalami masalah teknikal,” kata-nya kepada pemberita.
Mat Jusoh berkata, gerakan
mencari dan menyelamat tiga lagi mangsa yang hilang masih diteruskan polis
dengan bantuan Pasukan Gerakan Marin dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
(APMM).
Gerakan mencari dan
me-nyelamat dihentikan pada jam 7 malam tadi dan diteruskan pagi ini.
Pemilik Sebiro Holdings,
Datuk Sng Chee Hua turut mengesahkan helikopter ter-sebut adalah milik
syarikat-nya dan digunakan oleh para pekerjanya yang terbabit dalam insiden
berkenaan.
Sementara itu, ahli keluarga
Peter bergegas ke Pekan Sebuyau sejurus dimaklumkan tentang insiden terbabit
dan mengharapkan berita gembira ketika menunggu di Balai Polis Sebuyau.
Isteri Peter, Agnes Batang,
45, memberitahu beliau sen-diri menghantar suaminya ke pejabat Sebiro pada
kira-kira jam 8 pagi semalam.
“Saya ada cakap sama (pada)
dia (Peter)… cuaca tidak bagus untuk terbang, tapi suami saya diam saja,” kata
Agnes yang mempunyai tiga anak berusia antara 25 dan 18 tahun.
Menurut Agnes, pada
kira-kira jam 8.30 pagi, beliau menghubungi suaminya untuk bertanya siapa yang
akan menghantarnya ke lapangan terbang dan dijawab Peter: “Jangan risau, ada
orang hantar.”
Pada kira-kira jam 2 petang,
Agnes menerima panggilan memaklumkan kejadian yang menimpa suaminya.
Peter pernah bertanding atas
tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihan Raya Negeri 2011 dalam
pertandi-ngan tiga penjuru menentang Roland Sagah daripada Barisan Nasional
(BN) dan Ateng Jeros (SNAP) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tarat. Sagah
menang. (UB)
No comments:
Post a Comment