Saturday 14 July 2012

HIMPUNAN OREN DIBENARKAN POLIS





KOORDINATOR Gerakan Selamatkan Felda (GSF), Mazlan Aliman berkata himpunan itu telah mendapat kebenaran polis setelah mengadakan perbincangan hampir dua jam antara pihaknya dengan Ketua Polis Daerah (OCPD) Sentul Asisten Komisioner Zakaria Pagan, OCPD Brickfields ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid, serta 20 pegawai polis lain di Balai Polis Kepong petang kelmarin.

Polis membenarkan peserta berarak bermula jam 2.00 petang ini (Sabtu) daripada Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta ke checkpoint pertama di perkarangan tempat letak kereta Mahkamah Tinggi Jalan Duta. Kemudian, di tempat letak kereta itu, polis juga turut membenarkan wakil peneroka, selain pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik memberikan ucapan sehingga pukul 3.00 petang.

Namun, katanya perarakan itu akan berhenti dalam lingkungan 600 meter daripada Pintu Istana Negara dan hanya enam wakil GSF sahaja dibenarkan untuk masuk ke istana dan menyerahkan memorandum.

Memorandum tersebut mengandungi tuntutan lapan perkara:

1) Pecat Mohd Isa Samad sebagai Pengerusi Felda

2) Batalkan pinjaman bank peneroka

3) Batalkan cagaran tanah Felda Plantations

4) Selesaikan tuntutan peneroka

5) Hapuskan hutang peneroka

6) Lindungi tanah peneroka

7) Jaminan kepentingan masa depan generasi kedua dan ketiga

8 ) Bubar Felda Plantations dan buka Felda baru untuk generasi baru Felda

Forblogger berharap agar tidak berlaku sebarang kekecohan, provokasi dan juga sebarang rusuhan ketika perhimpunan berlangsung nanti. Semoga persetujuan kedua-dua belah pihak dapat dicapai. Setiap masalah itu, pasti ada penyelesaiannya bergantung pada budi bicara kedua-dua pihak.

No comments:

Post a Comment