Sunday 15 July 2012

HIMPUNAN OREN, PENEROKANYA MANA?





PENULIS kelmarin berada di lokasi himpunan Oren di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta. Ketika artikel ini ditulis, masih tidak kelihatan begitu ramai peserta himpunan yang berada di sini. Kebanyakkan mereka datang dari Kelantan dan Kedah, ada yang sampai seawal jam 4 pagi tadi.

Masih awal untuk menentukan jumlah sebenar kehadiran peserta ke Himpunan ini tapi setakat ini penulis benar-benar tidak puas hati dengan apa yang penulis lihat dan nampak.

Kelihatannya, kecenderungan membawa orang tua dan kanak-kanak ke himpunan seumpama ini masih berterusan walaupun banyak teguran telah diberi sebelum ini, sejak himpunan Bersih 3.0 lagi. Orang tua boleh faham lagi tapi kanak-kanak?

Penulis tidak nampak kewajaran melibatkan kanak-kanak dalam himpunan yang mempunyai potensi mencetus kekacauan akibat provokasi dari mana-mana pihak sekalipun. Kalau dah tercetus nanti, siapa pun yang memulakannya tidak penting tapi kanak-kanak ini yang akan menanggung akibatnya.

Nak salah menyalah selepas itu pun sudah tidak berguna lagi dah.

Penulis sempat berbual-bual dengan beberapa orang peserta himpunan, agak mengejutkan bila mereka memaklumkan penulis yang mereka bukan peneroka Felda tapi ahli PAS yang diarahkan untuk hadir ke himpunan tersebut. Rata-rata menerima elaun perjalanan antara RM 50-RM100 yang akan dibayar selepas pulang nanti.

Elaun perjalanan ini bukan perkara baru yang perlu dijadikan isu, dalam Bersih 3.0 yang lepas pun setiap peserta mendapat elaun perjalanan, malah Musyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat sendiri mengakui membiayai duit poket peserta himpunan dari Kelantan.
Persediaan logistik dari segi vast oren, t-shirt, air mineral dan seumpamanya, diuruskan sepenuhnya oleh Muslimah PAS Pusat.



Cuma yang jadi persoalan penulis, dari jumlah ini, di mana peneroka Felda?  Takkan seorang pun tidak ada? Dengan jumlah penempatan Felda yang berterabur dari Perlis hingga ke Johor, takkanlah tak ada seorang pun yang hadir setakat ini?

Kalau ada yang mengatakan terlalu awal, penulis nak menegaskan di sini, peneroka dari negeri yang jauh tidak sepatutnya menunggu saat akhir untuk datang, perjalanan memakan masa, kalau sekarang baru cerita nak bergerak, lebih baik tak usah datang.

PAS telah bersusah payah mengadakan himpunan ini untuk membela nasib mereka, bukan orang lain, kenapa mereka tidak hadir memberikan sokongan?

Sekarang semua orang sepatutnya tahu kenapa dalam beberapa hari kebelakangan ini penulis galak menyerang peneroka Felda.  Semuanya adalah kemuncak kepada kekecewaan penulis akibat dari sikap tidak bertanggungjawab mereka mengabaikan kerja keras dan usaha murni yang telah dijalankan PAS.

Penulis tidak hairan kalau Himpunan Oren ini tidak mendatangkan kesan dan impak yang diinginkan banyak pihak yang mahu melihat nasib peneroka ini terbela dengan Pakatan Rakyat sebagai penerajunya.

Penulis juga tidak terperanjat kalau ada yang menganggap ini adalah himpunan politik, bukan himpunan rakyat.  Jangan salahkan orang lain, tapi salahkan peneroka sendiri kerana menolak ‘bantuan percuma’ yang disediakan Pakatan Rakyat kepada mereka. (Suara Pakatan Rakyat)

(NOTA : 85% Peneroka Sokong BN. Ini bermakna, Lebih ramai penghasut yang tiada kaitan dengan peneroka cuba menjadi peneroka amalan syaitan dengan hasutan.)

No comments:

Post a Comment