Thursday 5 July 2012

INTERNET TRANSFORMASI PENTADBIRAN JKKK




KEMUDAHAN………..Abdul Rahman (tengah) bersama sebahagian JKKK Pengerusi JKKK seluruh DUN Kadamaian bersama Notebook 1Malaysia.

Oleh : ISMAIL MOHD ROSLI

KOTA BELUD : Seramai 88 masyarakat sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri Kedamaian, Kota Belud telah menerima Notebook 1Malaysia, baru-baru ini.

Dari jumlah itu, seramai 76 terdiri Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), 4 Sekolah Rendah Adventis Gaur, 2 Pastor Sidang Injil Borneo (SIB) dan 6 Ketua Kampung bagi fasa pertama.

Majlis Penyerahan Notebook 1Malaysia itu telah diadakan di Dewan Serbaguna Kampung Tiginambur Jaya, Kota Belud dan disempurnakan oleh Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Datuk Dahlan.

Berucap pada majlis itu, Abdul Rahman Dahlan berkata, sebagai tulang belakang, mata dan telinga kerajaan, Pengerusi JKKK perlu memanfaatkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam menyalurkan dan menyampaikan maklumat yang betul dan tepat tentang dasar-dasar kerajaan kepada rakyat di peringkat akar umbi.

Menurut beliau, kemudahan internet penting untuk menghubungkan Pengerusi JKKK dunia luar sekaligus mewujudkan ruang persekitaran kerja yang efektif dan kondusif antara Pengerusi JKKK dengan pemimpin masyarakat, wakil rakyat, kementerian dan agensi di bawah Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

Justeru beliau yang juga Setiausaha Barisan Nasional Sabah berharap kemudahan Notebook 1Malaysia digunakan sebaiknya untuk menjalankan kerja-kerja pengurusan JKKK di samping menepis setiap tuduhan dan dakyah pembangkang terhadap kerajaan.

9 comments:

  1. internet kini penting sebagai satu alat komunikasi pada masa kini.

    ReplyDelete
  2. Hopefully the Kedamaian folks will use the 1 Malaysia laptops for the right purpose.

    sabah-go-green.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. The JKKK should also use the 1 Malaysia laptops to improve their daily operation.

    sabah-go-green.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas sumbangan yang telah diberikan oleh kerajaan kepada penduduk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rakyat perlu menyokong segala program kerajaan yang dilaksanakan untuk rakyat

      Delete
  5. tingkatkan coverage internet di seluruh Sabah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu..bekalan elektrik pun kena ditingkatkan supaya seleuruh Sabah dapat nikmati. kalau ada laptop tapi tiada bekalan elektrik, tiada guma juga tu.

      Delete
  6. Pemimpin kampung pun mesti celik IT selari dengan perkembangan zaman. jangan ketinggalan jauh ke belakang.

    ReplyDelete
  7. syabas kepada kerajaan atas bantuan ini, tapi pastikan liputan internet di Sabah sama dengan negeri2 di semenanjung..

    ReplyDelete