Thursday 26 July 2012

ISTIMEWANYA KAMBING MASUK MASJID?





MUNGKIN agak ganjil bagi warga Malaya melihat kambing diheret ke dalam Masjid melainkan setelah diistinja. Tetapi bagaimana ya kerana kambing takut air? Inilah senario biasa di Kunak, Sabah ketika mengadakan majlis kenduri kendara di kampung di pesisir pantai kerana mereka memuliakan haiwan yang ingin dikorbankan.

Gambar di atas menunjukkan Pengerusi Masjid Baitul Khair, OKK Hussien, Ketua Kampug Kunak 3, Hj Abdul Kadir, Ketua cawangan Abdul Lahil dan AJK kampung mengadakan kenduri sekampung bagi Kampung Kunak 3. Upacara kenduri Sekampung di adakan di masjid ini diadakan ataupun dilakukan setiap tahun bagi mengeratkan silaturrahim penduduk kampung yang diketuai oleh Ketua Daerah Kunak, OKK Hussien bin Pg Hj Ombit.




Manakala Imam Haji Sarail (gambar kedua ini) selaku Imam Masjid Kampung Kunak 3 sedang menasihati penduduk kampung Kunak 3 di majlis berkenaan agar saling mengeratkan silaturrahim sesama kaum dan saling memaafkan antara satu sama lain.

7 comments:

  1. kenduri dpt mengeratkan silaturrahim.

    ReplyDelete
  2. apalah dihairankan sangat..

    ReplyDelete
  3. Memang banyak cara untuk eratkan silaturahim. mungkin lain tempat lain caranya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesyukuran memang patut diadakan untuk supaya hubungan lebih terjalin erat.

      Delete
  4. Hubungan yang erat harus dikekalkan

    ReplyDelete
  5. Setiap kaum ada cara dan kepercayaan mereka.

    ReplyDelete
  6. Apa pun memang benar hubungan silaturahim perlulah dijaga.

    ReplyDelete