Tuesday 31 July 2012

ISU TANAH BOLEH CETUS KEGANASAN





PINANGAH: Parti Reformasi Sabah (STAR) telah memberi amaran bahawa jumlah masalah perbalahan tanah di sabah yang semakin meningkat sedang menunjukkan tanda-tanda ia akan menjadi lebih buruk dan akhirnya akan membawa kepada tindakan-tindakan ganas jika kerajaan terus bersikap buta kepada masalah itu.

Dalam ucapannya di dalam satu demonstrasi menuntut hak tanah di sini 26 Julai lalu, Pengerusi STAR Sabah, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan menyuarakan kekecewaannya terhadap sikap kerajaan yang mengabaikan rakyat walaupun masalah tanah telah menimpa mereka sejak bertahun-tahun yang lalu.

“Saya tidak faham kenapa kerajaan tidak banyak bertindak untuk membantu rakyat anak negeri kita yang sedang dihalau dari tanah-tanah mereka, sedangkan hal-ehwal tanah adalah terletak di tangan kerajaan untuk menyelesaikan.

“Kerajaan BN telah lama berjanji akan menyelesaikan masalah rakyat dan melindungi hak-hak mereka tetapi ia nampaknya lebih menyebelahi syarikat-syarikat besar dan bukan menyebelahi rakyat kita yang miskin,” katanya sambil merujuk kepada kes yang sedang berlaku di sini di mana hak tanah adat mereka telah diluluskan kepada sebuah syarikat.

Dr. Jeffrey mengesali sikap acuh tidak acuh kerajaan yang tidak memberi respon yang sewajarnya kepada rungutan dan rintihan rakyat yang menjadi mangsa di mana satu kawasan yang sangat luas masih lagi belum dipulangkan kepada pemilik-pemilik anak negeri di sini.

Katanya, masih terdapat 9,000 ekar dalam kawasan Maxland yang masih tergantung dan ini belum lagi termasuk yang masih dimiliki oleh dua buah syarikat, sebagaimana dimaklumkan Ketua Penuntut Tanah, Petrus Eng.



 


Dr. Jeffrey juga menyentuh masalah di banyak kawasan yang berlaku perbalahan tanah, syarikat-syarikat besar menggunakan rakyat asing untuk menghalau anak negeri Sabah dari kawasan tanah mereka.

“Di Sukau pada awal tahun ini, kita terlibat dengan satu kes di mana syarikat telah membawa jentolak untuk merobohkan rumah-rumah penduduk dan pekerja-pekerja asing mengancam penduduk kampung itu agar meninggalkan rumah-rumah mereka,” katanya. “Tumpah darah telah dapat dielakkan cuma kerana para penduduk kampung Tombonuo di sana begitu bersabar dan tidak bertindak ganas.”

Katanya, kerana masalah-masalah ini, orang-orang kampung yang miskin terpaksa berserah nasib kepada mahkamah, tetapi kerana mereka miskin mereka dihalang oleh masalah kewangan dan masalah kurangnya dokumen-dokumen sebagai bukti.

“Oleh kerana itu nasib mereka sangat bergantung kepada sistem perundangan, kepada sikap tidak apa kerajaan, dan kepada syarikat-syarikat yang menggunakan pekerja-pekerja asing untuk mengancam mereka.

Dr. Jeffrey menambah bahawa cara penyelesaiian kerajaan yang memberikan geran milik bersama (communal title) sekarang ini sudah dipandang oleh para penduduk kampung sebagai hanya satu jenis penyelesaian sementara kerana melalui cara ini mereka hanya penjadi peserta pembangunan tanah tersebut oleh syarikat-syarikat, dan bukan sebagai pemilik.

“Cara ini nampaknya adalah satu muslihat untuk mengambil tanah mereka, satu jenis perampasan tanah. Di samping itu rakyat juga sudah jemu dengan cara ‘bantuan’ kerajaan yang dibuat dengan menghulurkan hamper-hamper kecil.

"Apa yang mereka  mahu ialah penyelesaian yang berkekalan, dan bukan sekali-sekala mendapat buah tangan dalam bentuk minyak masak, bungkusan beras dan ikan masin,” ujarnya. “Bagi mereka ini adalah satu penghinaan kerana ia membuat dilayan seperti orang-orang bodoh seolah-olah mereka itu pengemis.”

9 comments:

  1. Tak mustahil keganasan akan berlaku jika hak rakyat tak dijaga.

    ReplyDelete
  2. Semoga permasalahan yang membelengu masyarakat mengenai isu tanah dapat diselesaikan segera.

    ReplyDelete
  3. jalan penyelesaian bagi isu2 tanah harus dicari. isu ini dah berlanjutan.

    ReplyDelete
  4. Kerajaan harus bertindak untuk melindungi hak milik penduduk.

    ReplyDelete
  5. Kenapa pula yang berkuasa boleh menddapat tanah dengan begitu mudah? Saluran mana yang mereka gunakan tanpa dikesani oleh penduduk.

    ReplyDelete
  6. Barisan Nasional must continue to pursue the resolution on native land claim which is a big issue to the people, said Science, Technology and Innovation Minister Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

    He said Pitas could use Kota Marudu as a model for a resolution. The state government recently agreed that the 1,000-odd affected families at 35 villages in Kota Marudu which had overlapping claims with those of Begaraya and Safoda, would be given 20 acres of land each.

    ReplyDelete
  7. A tribunal to deal with native land matters is urgently needed in Sabah. The State Land and Survey Department cannot handle the number of land claims and need a better approach to solve the problem.

    ReplyDelete