Tuesday 17 July 2012

JANGAN BERSIKAP 'JAULAKA'

 



Oleh : ARSHAD HUSSIN


SEMPORNA: Menteri DiJabatan Ketua Menteri, Dato Sri Haji Nasir Tun Sakaran, mengingatkan rakyat negeri ini khususnya pemimpin-pemimpin peringkat kampung tidak terlibat menyebar fitnah yang boleh memesongkan pemikiran rakyat.

Katanya, selaku pemimpin yang telah diberikan tanggungjawab hendaklah menyatukan rakyat dan bukan mengadu domba serta perlu melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi serta beramanah; sambil mendahulukan kepentingan rakyat kerana jawatan yang diberi bukan untuk menunjukkan kuasa atau kepentingan peribadi.

Ujarnya lagi, dengarlah keluhan rakyat kerana jawatan yang diberikan bukanlah untuk selamanya, sebaliknya hanya sementara.

Beliau berkata demikian sempena Majlis Bersama Pemimpin dan Perasmian Gelanggang Sukan Futsal Kampung Tampi-Tampi Timbayan dekat sini.

Hadirsama sempena majlis itu Pemimpin Unit Kemajuan Rakyat Kawasan Senallang, Haji Tahir Amir; ADDO Haji Abdullah Sukka; Pegawai Perhubungan DUN Senallang, Haji Zainal Jalaludin; Ketua Kampung Tampi-Tampi Timbayan, Panglima Mahradja Habibol Mahradja Gausal serta pemimpin-pemimpin masyarakat tempatan.


 


Sehubungan itu Nasir menasihatkan mereka (pemimpin masyarakat) sentiasa mendengar keluhan rakyat kerana penghormatan rakyat kepada pemimpin tidak selamanya kerana jawatan tetapi kerana kebaikan dan keprihatinan membela nasib rakyat.

"Jangan kita bersikap 'Jaulaka' sebaliknya hendaklah mengutamakan kepentingan rakyat kerana jawatan yang kita sandang ini adalah kerana rakyat dan hendaklah mendengar sentiasa memeduli serta mendengar denyutan nadi rakyat," kata Nasir.

Nasir menjelaskan, kerajaan sentiasa prihatin menyalurkan bantuan kepada segenap lapisan rakyat dan siapapun yang diberikan sesuatu projek hendaklah melaksanakannya dengan penuh tanggungjawab tanpa lebih memikirkan keuntungan sebaliknya mementingkan kualiti serta kepentingan umum.

Gelanggang sukan Futsal yang bernilai RM25 ribu itu merupakan peruntukan Adun Kawasan Senallang dan dilaksana serta diselenggarakan sepenuhnya secara gotongroyong oleh penduduk kampung.

Sempena majlis itu juga Dato Sri Nasir turut menyaksikan pertandingan akhir Futsal antara Pasukan SMK Tun Sakaran dengan pasukan Kampung Kubang Baru.

No comments:

Post a Comment