Wednesday 18 July 2012

JANJI MENDIANG CHONG BELUM TERTUNAI!




WAWANCARA… Ali Ahmad sedang menjelaskan kepentingan isu Dewan Serbaguna.

Oleh: SHAIMON S JUMADI                       Foto : SAFFIE S JUMADI

KETIADAAN Dewan Serbaguna di tiga buah kampung iaitu Karamunting, Lupak Meluas dan Gas di parlimen Batu Sapi, Sabah menyebabkan para penduduk menghadapi masalah untuk mengadakan perjumpaan dan menjalankan aktiviti sosial.

Sepatutnya Ahli Parlimen Batu Sapi, Datin Linda Tsen Thau Lin prihatin menyambung tugas mendiang suaminya yang telah berjanji untuk membina Dewan Serbaguna di kawasan Batu Sapi kerana merupakan satu kemudahan asas untuk rakyat setempat untuk mengadakan pertemuan sesama sendiri bagi mengeratkan persefahaman dan kerjasama yang rapat di antara satu sama lain.

Ketua Kampung Lupak Meluas, Ali Ahmad berkata demikian kepada Sabahkini.Net kelmarin berhubung isu Dewan Serbaguna yang sudah sekian lama menjadi idaman dan dinanti-nantikan kewujudannya sejak dijanjikan pada PRU-11.

"Buat masa ini kami terpaksa menggunakan khemah atau rumah perseorangan untuk melakukan apa juga aktiviti. Memang tidak wajar kerana sejak merdeka tga kampung ini tidak ada Dewan Serbaguna," ujar Ali yang menggesa agar Linda turun padang melihat kesengsaraan penduduk kampung mengadakan majlis sosial.

Ali berkata selaras dengan konsep dan gagasan 1Malaysia, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan, maka wajarlah Linda mengambil inisiatif dan alternatif bagi membina dewan tersebut kerana bukan sahaja sekadar untuk kegunaan majlis perjumpaan dengan wakil rakyat, malah boleh digunakan untuk majlis kenduri kendara dan pelbagai aktiviti masyarakat.

“Selaku Ketua Kampung Lupak Meluas yang mewakili lebih 700 penduduk, kami memang terlalu mengharapkan Datin Linda untuk membina Dewan Serbaguna sebagaimana yang dijanjikan mendiang suami beliau. Tidak kisahlah sama ada di Kampung Karamunting atau Kampung Gas. Yang penting dewan tersebut wujud. Kalau boleh sebelum menjelangnya PRU 13 agar boleh digunakan tempat berkempen,” ujar Ali.


8 comments:

  1. Datin Linda tahukah tentang janji mendiang lakinya ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Segala janji harus dirujuk semula kepada Datin Linda, jangan menjadi umpan pembangkang

      Delete
  2. Datin Linda sebagai pengganti harus teruskan janji2 mendiang suaminya.

    ReplyDelete
  3. Suarakanlah di depan Datin Linda sendiri.memang tugas beliau untuk memenuhi keperluan rakyat di kawasannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Datin Linda Tsen has done much for the Batu Sapi folks after she got vote in by during the by-elections, hope that she will continue to do her best to serve the locals.

      http://sabah-go-green.blogspot.com/

      Delete
  4. Hope that Datin Tsen Thau Lin will help fulfill her husbands wishes.

    Help us get 500 likes:
    http://sabah-go-green.blogspot.com/2012/07/help-green-sabah-get-500-likes.html

    ReplyDelete
  5. Betulkah apa yang dikatakan? Harap wakil rakyat baru iaitu Datin Linda akan dapat meneruskan apa yang mendiang Chong janjikan sebelum ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wakil rakyat perlu kerja lebih keras lagi untuk membela nasib rakyat.

      Delete