Tuesday 24 July 2012

JEFFREY SEMAKIN KURANG CERDIK




KOTA KINABALU : Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Henrynus Amin pada Isnin menyelar Datuk Dr Jeffrey Kitingan atas apa yang disifatkannya sebagai kritikan tidak kena pada tempatnya berhubung sokongan padu Tan Sri Joseph Pairin Kitingan terhadap Barisan Nasional (BN), yang menurutnya mencerminkan keyakinan PBS terhadap kepimpinan dan dasar-dasar perdana menteri dan ketua menteri Sabah.

Beliau berkata, PBS pastinya kecewa dengan tindakan terbaru Dr Jeffrey Kitingan yang mengkritik abangnya sendiri yang merupakan presiden PBS, anggota Parlimen Keningau dan anggota Dewan Undangan Negeri Tambunan, kerana memuji kepimpinan BN negeri dan persekutuan.

"Apa salahnya untuk menyatakan penghargaan parti kepada kepimpinan BN negeri dan persekutuan atas semua perkara baik yang telah dilakukan demi manfaat rakyat Sabah?" soalnya.

Henrynus berkata mana-mana ahli politik yang berfikiran waras akan memberikan pujian apabila wajar dipuji dan mengkritik apabila perlu dikritik, bergantung kepada keadaannya.

"Adalah kurang cerdik untuk Dr Jeffrey mengkritik begitu apabila Pairin hanya menjalankan tanggungjawabnya terhadap penduduk di Keningau dan Tambunan dengan memberikan pujian kepada perbuatan baik kerajaan BN negeri dan persekutuan," katanya dalam kenyataan di sini. (Bernama)

19 comments:

  1. betul juga...pujian perlu diberikan sebagai penghargaan dan kritikan harus diberikan jika ada yang tidak betul atau bermasalah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi kadang2 kritikan tu lebih baik daripada pujian:)

      Delete
    2. Kritikan harus diterima untuk membaiki lagi kelemahan.

      Delete
  2. apa2 pun, teruskan perjuangan PBS untuk rakyat sabah..

    ReplyDelete
  3. Macam susah juga kan adik beradik join politik. Tak pasal2 dorang bergaduh sesama sendiri. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kerana politik saudara tidak sefahaman.. kan baik mereka bekerjasama.

      Delete
    2. politik tidak melihat pada talian persaudaraan..

      Delete
    3. Adik beradik ini harus mencari persefahaman.

      Delete
    4. Dah lah berlainan misi dan perjuangan, tidak hairan juga.

      Delete
  4. Paling sennag kan, puji bila patut kena puji dan begitu jugalah sebaliknya, barulah aman dunia:P hehe

    ReplyDelete
  5. I hope Jeff criticism towards his own brother Pairin would not cause their relationship to loosen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Its all up to them to judge. Good or bad only the brother know

      Delete
  6. It doesn't matter what Jeff thinks about PBS. What matters now is what the people think towards PBS.

    ReplyDelete
  7. rakyat sendiri boleh menilai bagaimana kepimpinan pairin.

    ReplyDelete
  8. Jika perjuangan beliau positif, pasti berjaya menambat hari rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perjuangan Pairin adalah untuk rakyat Sabah, perjuangan JK hanya untuk diri sendiri.

      Delete
  9. Keningau memang banyak perubahan sekarang tapi diharap kerajaan akan terus membantu rakyat.

    ReplyDelete
  10. Nampaknya JK sememangnya semakin bermasalah. Tidak pasti adakah STAR akan menghadapi perkara yang sama seperti parti lain yang ditinggalkan oleh JK sebelum ini.

    ReplyDelete