Tuesday 3 July 2012

JOE FERNANDEZ WARTAWAN KEHABISAN MODAL?




Oleh : JEFRON JAIMIN

SAYA perhatikan Joe Fernandez yang terkenal sebagai wartawan di Sabah sekarang sudah kehabisan modal untuk menulis. Setelah dia dibuang dari negerinya sendiri, iaitu Sarawak, oleh Taib Mahmud sejak lebih sepuluh tahun yang lalu, dia yang berbangsa India, merantau ke Sabah dan tidak lagi dapat masuk balik ke Sarawak, tanah tumpah darahnya selama itu.

Maka kerana itulah dia terus menghentam Taib Mahmud dari jauh, dari Bumi Di Bawah Bayu, seperti anjing media yang menyalak bukit tak habis-habis. Dia memanggil Taib Mahmud 'The white-haired Devil' (Iblis berambut putih), seolah-olah panggilan ini akan membawa kesan yang buruk kepada Taib Mahmud.

Panggillah apa sahaja, salaklah bukit hingga sarut suara, sampai berpuluh-puluh tahun Taib tetap teguh dengan wangnya yang belambak setinggi Kinabalu dan Everest, sedangkan Fernandez tetap dengan janggut putihnya, dan putih matanya yang semakin lesu kerana penat lelahnya mencakar di bumi Sabah untuk sesuap nasi.

Ya, kais pagi makan pagi, kasi petang makan petang. Cari makan dengan mengutuk orang, mengutuk SAPP dan sekarang mengutuk STAR, seperti anjing jalanan yang memakan sampah; namun bila menyalak seperti dialah yang paling pandai dan lantang.

Kerana terlalu berani, Fernandez, sebagai wartawan Malaysiakini, telah menulis artikel-artikel yang menghentam dan mengutuk Taib, lalu Taib mengambil tindakan undang-undang dan menyaman Malaysiakini dengan tuntutan malu berjuta ringgit.

Kasihan anjing media jalanan dipecat oleh Malaysiakini! Dijatuhkan ke tanah seperti seketul batu! Hai, Fernandez, sedih juga nasib wartawan, ya? Kerana untuk mendapat seringgit dua, untuk makan sesuap nasi untuk hari ini, kita ditendang dan dipelantingkan kerana keberanian kita!

Nah, sekarang Fernandez terpaksalah menyorokkan kepalanya minta kasihan daripada Free Malaysia Today. Dan syukur bagi dia, dia telah diterima untuk menghasilkan beberapa artikel. Dia juga mendapat ruang di Sabahkini.net sekali-sekala. Lepas itu Wikisabah pula pergi salin dan siarkan tulisannya tanpa kebenaran.

Namun yang menghairankan, sekarang tidak lagi kelihatan artikel-artikelnya di Free Malaysia Today (FMT). Kenapa? Mungkin dia terlalu berani hingga cuba menggunakan FMT untuk mengentam beberapa orang tertentu. Adakah dia tahu bahawa FMT bersimpati kepada pembangkang?

Jadi sekarang dia terpaksa pula menyorokkan kepalanya ke satu blog kecil. Kalau dulu dia bekerja dengan satu portal, sekarang turun pangkatlah sudah jauh ke bawah dan menulis untuk satu blog Selvarajah Somiah yang tidak memberikan apa-apa bayaran. Kasihan!

Kalau sudah tidak ada gadingnya, tanduk pun berguna jugalah! Jadi adakah ini bermakna Fernandez sudah mengikut rentak Selvarajah Somiah yang sudah berpaling dari penyokong pembangkang dan kini mengampu pada Musa Aman? Adakah ini ada kena-mengena dengan hakikat bahawa Fernadez dan Somiah adalah dari satu bangsa?

Ini bermakna Fernandez terpaksa mempromosikan dirinya sebagai wartawan dari tangga yang paling rendah sekali lagi. Setelah berpuluh tahun menjadi penulis, menjadi editor majalah, sekarang balik ke tangga terbawah.

Di tangga terbawah inilah Fernandez berhabis-habisan menghentam Datuk Dr. Jeffrey dan STAR! Segala hal-hal kecil yang berlaku dalam mesyuarat STAR dikoreknya, lalu diperbesar-besarkan dan dibuat seolah-olah sangat penting dan signifikan. Inilah yang dipanggil 'spin' (putar-belit cerita). Maklumlah, untuk cari makan, bah kan?

Kenapa Fernandez berbuat begini? Katanya untuk mengejutkan Dr. Jeffrey, untuk mengajar Dr. Jeffrey dengan mendedahkan apa yang dipanggilnya konon kelemahan-kelemahan Dr. Jeffrey.

Fernandez lupa siapa yang dia mahu ajar? Orang politik yang sudah lama main politik, orang yang pernah menjadi Pengarah Yayasan Sabah, yang lulus dengan kedoktoran dari UNIVERSITI HARVARD!

Kasihan Dr. Jeffrey. Sekarang dia perlu lagi masuk sekolah rendah anjuran Joe Fernandez, orang buangan dari Sarawak yang menumpang nasib di Negeri Di Bawah Bayu! ”OK, Datuk, follow me. ”A, B. C ... repeat, A, B, C... Good boy!”

Pengajaran moral dari cerita ini simple sahaja. Jika anda sudah kehabisan modal dalam karier kewartawanan dan muka anda tidak laku lagi di mana-mana, cari blog bodoh yang mengampu UMNO dan hentam pembangkang. Buka juga sekolah tadika untuk mengajar orang politik yang sudah veteran!

No comments:

Post a Comment