Tuesday 24 July 2012

JUDI HARAM, SEMOGA CP SABAH TIDAK TERLIBAT!




Saudara Pengarang,

SAYA tujukan surat terbuka ini kepada Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib dan Ketua Polis Daerah Sandakan, Superintendan Rowell Marung agar mereka dapat menaiktaraf imej kepolisan di Sandakan yang merudum jatuh akibat 'rasuah' dan 'salah gunakuasa' sehingga kegiatan perjudian haram di Sandakan seperti 'Menjual Telur Penyu' yang sudah menjadi budaya rakyat Sandakan.

Saya telah membuat dua laporan polis, masing-masing Sandakan/008787/12-Sandakan dan Sandakan/00902/12 berhubung dengan aktiviti perjudian mesin slot tanpa lesen yang keterlaluan di daerah Sandakan.

Malang sekali, laporan polis yang saya buat bagaikan menjadi 'Trauma' dan ketakutan kepada Polis Sandakan kerana bukan sahaja takut untuk mengambil tindakan, malah premis judi haram semakin tidak terkawal.

Lebih mengejutkan apabila saya hubungi, Pegawai Penyiasat, DSP Mohd Izaan Abdullah, dalam keadaan trauma, marah dan penuh curiga meminta saya menulis surat kepada Ketua Polis Daerah Sandakan seolah-olah dua laporan polis yang saya buat 'dipadam' daripada rekod polis atau 'dibakul sampahkan'.

Apakah Ketua Polis Negara atau Pesuruhjaya Polis Sabah telah memperkenalkan SOP baru yang memerlukan pengadu kes jenayah menulis surat rasmi kepada Ketua Polis Daerah sebelum sebarang tindakan boleh diambil? Jika ya, adakah surat berkenaan boleh menggantikan fungsi laporan polis?



 



Sehubungan itu, saya menggesa agar Pesuruhjaya Polis Sabah campurtangan menjalankan siasatan segera kerana saya beranggapan bahawa Polis Sandakan telah dibutakan mata mereka oleh taukeh judi sehingga mereka (Polis Sandakan) bagaikan peminjam 'Ah Long' yang tidak mampu berbuat apa-apa.

Mungkinkah juga Polis Sandakan terlalu terhutang budi atau terlalu 'bacul' dengan Taukey Judi sepertimana yang berlaku di Lahad Datu setelah aktiviti premis judi haram dikuasai oleh individu bernama Madam Tan sehingga beliau bebas membuka banyak premis judi mesin slot tanpa lesen di beberapa kawasan bandar Lahad Datu.

Senario di Lahad Datu sama juga dengan di Sandakan kerana walaupun saya telah membuat laporan polis melalui LAHAD DATU/005641/12, namun tidak ada sebarang tindakan diambil.

Sebagai contoh, pada 8 Julai 2012, lebih kurang jam 5.30 petang selepas saya menghadiri program lawatan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Sandakan, saya telah dibawa oleh rakan-rakan AMK Sandakan ke beberapa lokasi perjudian mesin slot tidak berlesen.

Mustahil Polis Sandakan boleh menutup mata atau tidak melihat aktiviti haram berkenaan kerana sebelum ini AMK Negeri Sabah telah beberapa kali membuat laporan polis dan telah mendedahkan kegiatan haram ini melalui Sabahkini.Net bertajuk 'Taukey Judi Kata Kao-timPolis', namun saya merasa amat terkilan kerana premis-premis berkenaan masih beroperasi sehingga ke hari ini.

Amat menghairankan kerana mereka begitu kebal tanpa sebarang rasa takut oleh tindakan pihak berkuasa dan saya selaku Ketua Penerangan AMK Negeri Sabah amat kecewa dengan tindakan sambil lewa pihak polis Sandakan.

Ada di antara kawasan premis seperti yang terdapat di Bandar Kim Fung hanya sejengkal dari Balai Polis, seolah-olah dakwaan orang awam bahawa polis bersekongkol dengan taukeh judi adalah benar dan sukar disangkal.



 



Mungkinkah Polis Kontingen Sabah menyongsang arus ketika Perdana Menteri Malaysia sedang aktif menjalankan kempen 'Janji Ditepati' di seluruh negara kerana ternyata segala tindak tanduk PDRM di Sabah mengambil jalan yang bertentangan iaitu lari daripada menjalankan tugas yang diamanahkan?

Persoalannya, dalam keadaan indeks jenayah semakin meningkat di seluruh negara, masih bolehkah diharap PDRM menjaga ketenteraman awam kerana tabiat buruk seumpama ini cuba ditunjukkan kepada masyarakat?

Apakah wujud campur tangan pegawai tertinggi dalam PDRM termasuk Bukit Aman, Pesuruhjaya Polis Sabah dan OCPD sehingga gejala ini tidak dapat dibendung dan menjadikan Taukeh judi sebagai 'Maharaja Judi' di sebuah negara yang agama rasminya Islam dan terus kebal daripada sebarang tindakan?

Salam Hormat,

CITRA BIN MASADI
Ketua Penerangan AMK Negeri Sabah

19 comments:

  1. kegiatan judi haram jgn dibiarkan berleluasa, ia harus dibenteras.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pihak berkuasa harus mengambil kesempatan untuk menutup kesemua aktiviti haram tersebut.

      Delete
  2. Memang susah untuk banteras kalau pihak berkuasa sendiri ada yang bersubahat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau pihak berkuasa sendiri yang terlibat, then siapa yang akan menangkap mereka pula??

      Delete
    2. pihak berkuasa yang terlibat harus dikenakan tindakan undang-undang terlebih dahulu.

      Delete
    3. Agree to Anonymous to take serious action against those who involve.

      Delete
  3. harap pihak polis akan mengambil tindakan segera bila ada laporan dibuat tentang aktiviti haram.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aktiviti haram jangan dibiarkan sahaja. Pihak polis kenalah bertindak secepat mungkin untuk mengelakkan aktiviti haram tersebut daripada berleluasa.

      Delete
  4. Tindakan harus diambil agar aktiviti ini tidak berleluasan.

    ReplyDelete
  5. Perjudian haram harus dikenakan hukuman kuat.

    ReplyDelete
  6. Pihak berkuasa yang terlibat harus dikenakan tindakah undang yang berganda. Pasti ada kes rasuah diantaranya.

    ReplyDelete
  7. laporan polis yang saya buat bagaikan menjadi 'Trauma' dan ketakutan kepada Polis Sandakan kerana bukan sahaja takut untuk mengambil tindakan, malah premis judi haram semakin tidak terkawal.

    Siapakah yang bertanggung jawab untuk membanteras aktiviti haram ini berkembang? Isu ini tidak harus diketepikan sebab ia membawa impak yang serius.

    ReplyDelete
  8. Selagi aktiviti ini tidak ditutup, lebih banyak pusat judi akan dibuka selepas ini.

    ReplyDelete
  9. Ada pihak berkuasa ambil rasuah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasuah memang tidak patut diamalkan. Jangan jadikan rasuah sebagai habit

      Delete
  10. Ini juga punca kemerosotan ekonomi.

    ReplyDelete
  11. masalah sosial ni harus ditangani segera.

    ReplyDelete
  12. Pihak polis mempunyai tanggungjawab yang berat sebenarnya. Bukan saja mereka ini menjaga keamanan rakyat malahan kes jenayah perjudian ini antara tanggungjawab mereka. Jadi laksanakan tanggungjawab ini sebaiknya.

    ReplyDelete
  13. Sebagai anggota polis seharusnya tidak menyalah gunakan kuasa yang ada.

    ReplyDelete