Oleh : ISMAILY BUNGSU
SEKIAN tahun kita merdeka di
bawah kerajaan yang konon baik hati, tetapi masih juga keadaan ada seperti di
zaman batu dan bila kita perkatakan akan selalu dijelaskan sedang diusahakan;
meski sudah merdeka sekian tahun dan mana sudah slogan rakyat didahulukan. Manisnya
kata-kata tetapi hakikatnya apa sahaja yang kita terima? Anugerah negeri
termiskin sekali. Inilah hakikatnya.
Apabila menatap foto di
atas, jelas saya teringat zaman dulu selepas merdeka setahun dua dan beginilah
keadaannya di desa saya di kala masih ada ibu dan ayah saya dan bayangkan sedih
dan duka itu ada dalam hati tatkala teringatkan masa lalu. Tetapi itu tidak
mengapa sebab negara kita sedang merangkak ke arah negara maju dan itu kita
faham sangat.
10 tahun lalu saya bicara
dengan seorang sahabat di laut Kg Brunei iaitu desa saya sendiri dan kata
seorang teman baik yang sudah lama tidak ketemu, Yassin Awang Hitam;
"Sedih, ayah dan ibu
saya meninggal tidak sempat merasa minum air paip dan nikmati cahaya api letrik."
Memang benar sebab ayah dan
ibunya tinggal di hujung kampung ketika itu dan memang di sana tiada air paip
dan elektrik, malah sampai sekarang ramai juga yang tinggal di sana tidak menikmati
bekalan elektrik. Tidak apa kerana di sana masih ada sungai yang airnya
mengalir lesu dan kekadang alirannya marah (banjir besar) entah kenapa.
No comments:
Post a Comment