Friday 27 July 2012

KEKASIH, PUNCA PRA TINGGALKAN MAJIKAN





KUALA LUMPUR : Lari mengikut teman lelaki adalah antara punca Pembantu Rumah Rakyat Asing (PRA) bertindak meninggalkan majikan masing-masing, demikian menurut Biro Pengaduan Pengaduan Awam MCA.

Pengerusinya, Datuk Michael Chong berkata daripada sembilan kes yang diterima setakat ini, rata-rata majikan menyatakan keyakinan tindakan pembantu rumah mereka berbuat demikian disebabkan faktor itu.

"Kemungkinan sebab utama pembantu rumah warga asing itu melarikan diri adalah kerana mengikut teman lelaki masing-masing dan mereka yang berbuat demikian kebanyakannya baru bekerja selama tiga bulan," katanya kepada pemberita selepas menerima aduan berhubung perkara itu di sini, Khamis.

Beliau berkata bagi mengelak kes seumpama itu berlaku, mereka yang ingin mendapatkan pembantu rumah dinasihat berurusan dengan ejen pembantu rumah berdaftar bagi memastikan pembantu rumah yang dihantar menepati syarat yang ditetapkan.

Sementara itu, seorang doktor gigi Ong Beng Tuck, 34, yang hadir membuat aduan, berkata pembantu rumahnya Angelica C. Dominguez, 33, dari Filipina melarikan diri pada Ahad lepas ketika mereka sedang membeli-belah di sebuah pasar raya di sini. (Bernama)

No comments:

Post a Comment