Thursday 12 July 2012

KEMBARA ILMU TIMBA PENGALAMAN




BAKAT.....Azizah menguji bakat seninya mewarna lukisan batik yang telah siap dicanting.

Oleh : ABDUL BAKAR ESAH

JAUH perjalanan luas pemandangan dan setiap perjalanan itu sudah tentu ada pengalaman baru yang memberi pengajaran boleh dibawa pulang untuk dimanfaatkan.

Demikianlah juga dengan lawatan rombongan Kembara Ilmu Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga (MPWK) Parlimen Beaufort ke Kolej Teknikal Yayasan Sabah di Likas Kota Kinabalu baru-baru ini.

Program sehari lawatan ke bengkel kraftangan di kolej tersebut telah memberi pengalaman baru kepada 37 peserta yang menyertai lawatan itu mampu membuka minda untuk para pserta dengan informasi dan penemuan baru yang boleh dimanfaatkan.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah merangkap Pengerusoi MPWK Parlimen Beaufort, Datuk Azizah Mohd Dun yang mengetuai rombongan lawatan itu berkata, program itu bertujuan mendapatkan info mengenai peluang kursus disediakan yang boleh disertai oleh wanita dan kaum ibu.

“Saya amat berharap program Kembara Ilmu ini juga akan memberikan  maklumat tentang penemuan baru yang boleh dipelajari dan berdaya maju untuk dimanfaatkan bagi menambah pendapatan khususnya kepada kaum ibu,” katanya.

Ketibaan Azizah dan rombongan disambut mesra oleh Timbalan Ketua Eksekutif Kolej Yayasan Sabah (KYS), Kamaruddin Ismail, Pembantu Eksukutif kepada Ketua Eksukutif KYS merangkap Pengurtus Projek Kraftangan dan Batik KYS, Hilary Sibagu, kakitangan pengurusan dan tenaga pengajar KYS.

Pada lawatan itu rombongan diberi taklimat mengenai peranan KYS dalam usaha kerajaan melahirkan tenaga mahir dalam bidang tertentu melalui kursus yang diadakan khususnya kepada belia dan beliawanis.

Peserta Kembara Ilmu MPWK Beufort juga diberitahu selain belia pihak KUYS juga menerima peserta daripada individu  termasuk ibu bapa yang berminat meningkatkan kemahiran mereka di kolej itu.

Rombongan yang terdiri dari kaum ibu itu kemudaiannya dibawa melawat ke bengkel-bengkel kraftangan, batik, jahitan, lukisan, sulaman dan sulaman manik.

Azizah yang juga Ahli Dewan Undangan (Adun) Klias ketika ditemui diakhir lawatan itu menyifatkan program itu berjaya mencapai objektifnya.

“Pada keseluruhannya lawatan ini berjaya mencapai apa yang kita harapkan dimana peserta telah melihat sendiri aktiviti kraftangan yang dijalankan di sini dan kita juga mendapat info yang berguna dengan beberapa penemuan baru contohnya seperti kulit telur dapat dimanfaatkan sebagai hasil seni yang cantik.

“Justeru itu saya amat berharap semua peserta Kembara Ilmu pada hari ini dapat belajar sesuatu yang baru yang dapat menambah daya krteativiti masing-masing dalam menghasilkan barangan kraftangan,” katanya.

6 comments:

  1. kita perlu timba ilmu dalam pelbgai bidang.. dgn ini kita dpt menjadi insan yang serba boleh.

    ReplyDelete
  2. Seni kraftangan boleh berkembang jika diterokai dan banyak peluang disediakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seni kraftangan M'sia memang semakin berkembang.

      Delete
  3. Pelbagai program mula diperkenalkan kepada penduduk. Ini bagi memberikan peluang kepada mereka untuk dapat meningkatkan pendapatan mereka.

    ReplyDelete
  4. perniagaan batik memang menguntungkan.

    ReplyDelete
  5. Syabas kepada Azizah kerana tidak henti2 memberikan pendedahan kepada rakyat berkenaan dengan peluang2 meningkatkan pendapatan.. eloklah jika seni batik yang berkonsepkan borneo ini dapat di popularkan di negeri ini.. selain mampu meningkatkan ekonomi penduduk, ia juga mampu meningkatkan ekonomi negeri melalui sektor pelancongan..

    Borneo Paradise (Blog)
    Borneo Paradise (Facebook)

    ReplyDelete