Saudara Pengarang,
SELAKU salah seorang bekas
Ketua Kampung di Kadamaian dan mewakili suara ramai pesara Pengerusi JKKK dan
Ketua Kampung yang mungkin berjumlah lebih seribu orang, saya mencadangkan
kepada kerajaan negeri supaya mempertimbangkan memberi sekurang-kurangnya bonus
kepada para pesara seperti kami.
Semua pesara lain telah
mendapat pelbagai habuan dan bantuan dari kerajaan bagi mengenang jasa mereka,
tetapi apakah jasa dan perkhidmatan kami sebagai bekas Ketua Kampung dan
Pengerusi JKKK langsung tidak bermakna sudah kepada kerajaan?
Bukan sahaja kami berkhidmat
menjaga pentadbiran di peringkat kampung, malahan menjadi mata dan telinga
kepada pihak kerajaan bagi memastikan kejayaan dasar-dasar dan programnya.
Kalaupun kerajaan tidak
boleh mempertimbangkan elaun sara bulanan kepada para pesara seperti kami,
tetapi sekurang-kurangnya berilah pnghargaan dalam bentuk bantuan sekali
setahun atau bonus perkhidmatan kami selama ini.
Kalau bukan kerajaan tempat
kami mengharap, kepada siapa lagi kita hendak menaruh harapan dalam meminta
pembelaan di kala kos hidup semakin tinggi sedangkan kebanyakan kami pula
semakin lanjut usia?
Berbanding dengan kakitangan
awam dan lantikan politik lain yang menerima gaji dan elaun berlipat kali lebih
tinggi, ada antara bekas pengerusi JKKK dan Ketua Kampung hanya menerima haji
setakat RM200 sebulan.
Walaupun demikian tugas kami
dianggap penting kepada kerajaan dan sering dipanggil bila ada masalah timbul.
Saya harap Ketua Menteri
Musa Aman memberi pertimbangan sebelum pihak lain mengambil kesempatan membela
nasib para pesara jawatan peringkat kampung seperti kami ini.
Sekian, terima kasih.
PETER PALALUN LAGADAN
Bekas Ketua Kampung Kg Gaur,
Kota Belud
kerajan harus pertimbangkan perberian bonus kepada pesara ketua kampung dan JKKK.
ReplyDeleteHopefully the govt would consider their plea.
Deletemereka byk memberi sumbangan sebelum ini, jadi ini adalah sebagai penghargaan kepada mereka.
ReplyDeleteThey have contributed a lot before this. Their contribution should be appreciated.
ReplyDelete