Thursday 19 July 2012

KENAPA UMNO TIDAK BERANI PECAT LAJIM?




AHLI MAJLIS Tertinggi UMNO, Datuk Lajim Okin mengesahkan akan menyertai parti pembangkang, samada PKR, PAS atau DAP. Beliau berkata demikian dalam satu Majlis Anjuran PKR Kuala Penyu di rumah bekas ADUN Bebas, Datuk John Ghani, di Kg Kallam, Labuan.

Difahamkan, Timbalan Menteri Perumahan itu juga turut berucap di majlis PKR yang diadakan di Pulau Labuan bersama-sama dengan pemimpin tempatan PKR.

“Saya tidak tahu dimana kedudukan saya. Saya adalah Timbalan Menteri BN tapi hari ini saya dikelilingi penyokong parti pembangkang termasuk dari UPKO dan UMNO”

“Tapi saya tidak takut dengan apa yang saya lakukan. Saya hanya takut kepada Tuhan. Malah saya tidak takut dengan syaitan!”

Lajim juga tidak takut jika UMNO mengambil tindakan dengan memecatnya.

“Saya sedia kehilangan gaji RM20,000 dan lain-lain keistimewaan sebagai menteri!”

Persoalannya, apakah pucuk pimpinan UMNO berani mengambil tindakan terhadap Lajim? (Rontog Daily)

17 comments:

  1. Lajim mengatakan sedia dipecat. jika Lajim ada niat nak keluar UMNO, baik keluar saja tak perlu tunggu dipecat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lajim cuba meraih simpati barangkali...kalau lajim sudah menetapkan pendirian ingin keluar, maka beliau keluar saja lah...tidak payah lagi bersandiwara..

      Delete
    2. Tidak mungkin UMNO akan memecat lajim sebab beliau banyak berusaha untuk UMNO.

      Delete
  2. Lajim mgkin ingin dipecat supaya dia boleh dptkan simpati rakyat. UMNO tau niat Lajim.

    ReplyDelete
  3. Mungkin strategi tunggu dan lihat. biar Lajim mengambil langkah yang seterusnya kerana memang niat Lajim untuk keluar parti.

    ReplyDelete
  4. lajim ada udang di sebalik batu barangkali...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin juga Lajim ada niat tersembunyi..

      Delete
  5. kalau sudah mahu keluar tidak payahlah tunggu dipecat.

    ReplyDelete
  6. Lajim akan menentukannya. Tidak perlu menumpu teramat banyak perhatian untuk kes Lajim.

    ReplyDelete
  7. Kala betul nak keluar, keluarlah secepat mungkin dan teruskan azam baru. Tidak perlu membuat promosi sebegini.

    ReplyDelete
  8. Pasti ada agenda yang rakyat tidak ketahui.

    ReplyDelete
  9. Persoalannya, apakah pucuk pimpinan UMNO berani mengambil tindakan terhadap Lajim?

    Mungkin UMNo masih memerlukan Lajim?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mau kena pujuk bah itu. Tp mgkn nda kena layan. Tp nda penting jg. Sbb klu pembangkang menang pun, bukan sbb lajim, tp sbb musa aman.

      Delete
  10. Bukannya tidak berani. Tapi apa sebab untuk memecat Datuk Lajim kalau tidak ada sebabnya.

    ReplyDelete
  11. Tidak ada juga salah Datuk Lajim dalam UMNO sehinggakan dipecat. Tidak perlulah memberikan pelbagai hasutan yang cuba menjatuhkan BN. Kita lihat juga nanti pada PRU13 nanti.

    ReplyDelete
  12. Cakap politik memang payah mahu percaya

    ReplyDelete
  13. Lebih Baik Lajim berhenti sendiri dan menyatakan pendiriannya.

    ReplyDelete