Tuesday 17 July 2012

KEPUTUSAN BERSEJARAH ENAKMEN TANAH




KOTA KINABALU  : Kerajaan Sabah menyegerakan keputusan bersejarah semasa persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini berhubung pindaan enakmen tanah membabitkan pesisir pantai Kota Kinabalu bagi menyukarkan pihak lain di masa depan dengan mudah tebus guna kawasan yang dipertikaikan.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata perlindungan kawasan pesisir pantai bandar raya itu daripada ditebus guna selanjutnya adalah untuk kepentingan generasi akan datang.

"Kita telah melihat apa yang telah dilakukan pada masa lalu...tanah pesisir pantai yang berharga telah diberi secara sembarangan kepada pihak-pihak yang mempunyai kepentingan diri," katanya dalam satu kenyataan.

Musa berkata beliau menerima banyak komen daripada badan bukan kerajaan (NGO) termasuk badan alam sekitar, penduduk tempatan dan pelancong yang menyuarakan kebimbangan mereka berhubung keperluan melindungi dan memulihara kawasan pesisir pantai Kota Kinabalu yang cantik.

"Ini bukan sahaja untuk industri pelancongan kita tetapi demi generasi akan datang, anak-anak kita, dan rakyat kita," katanya. (Bernama)

11 comments:

  1. tanah2 termasuk di persisir pantai harus dilindungi. ia amat berharga.

    ReplyDelete
  2. semoga pindaan enakmen tanah dapat dilakukan dengan segera demi untuk menjaga kawasan pesisir pantai KK.

    ReplyDelete
  3. kawasan pesisir pantai diambil sesuka hati oleh pihak tertentu untuk kepentingan sendiri, inikan pula pulau2 yang terdapat di Sabah ni.

    ReplyDelete
  4. Good decision from the government to protect the shores from being sold to private companies.

    http://sabah-go-green.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. Hope that the state government will beautify the city so that more tourist are interested to visit Sabah.

    http://sabah-go-green.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. Ini bagi menjaga untuk masa hadapan generasi yang akan datang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akta tu membuktikan kerajaan sentiasa menjaga hak Sabah sebaik mungkin.

      Delete
  7. Bagus. Kerajaan perlu sentiasa menjaga tanah2 Sabah, supaya tidak mudah dimiliki oleh pihak luar.

    ReplyDelete
  8. siapa agaknya maksud Musa Aman "Kita telah melihat apa yang telah dilakukan pada masa lalu"?? dalam fikiran saya ialah Yong Teck Lee..

    ReplyDelete
  9. sekarang ni pun pesisir pantai di kota kinabalu semakin cantik ba.. itu pun masih belum siap sepenuhnya.. kalau sudah siap, lagi cantik bandaraya KK ni..

    ReplyDelete