Monday 16 July 2012

KERAJAAN BN TIDAK PERNAH LUPAKAN RAKYAT





PERALATAN.....Musnah menerima bantuan peralatan perniagaan sejuk beku yang disampaikan Azizah.

Oleh :  ABDUL BAKAR ESAH

BEAUFORT: Seramai 75 peserta Azam Niaga Bahagian Parlimen Beaufort di sini menerima bantuan mesin dan peralatan mengikut bidang perniagaan masing-masing.

Sebanyak sembilan bidang perniagaan yang mendapat bantuan itu ialah Perniagaan Kedai Makan, Masakan Kuih, Makanan Sejuk Beku, Ice Blanded, jahitan, andaman pengantin, SPA secara mobil, perkhidmatan menggunting dan perniagaan minuman.

Majlis penyerahan disempurnakan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klias, Datuk Azizah Mohd Dun di Dewan Baru Beaufort di sini baru-baru ini.

Ketika menyampaikan ucapan pada majlis itu Azizah yang juga Ketua Pergerakan Wanita Umno Bahagian Beaufort itu berkata kerajaan dan pemimpin Barisan Nasional (BN) tidak pernah melupakan rakyat walaupun rakyat pernah lupa segala jasa kerajaan.

“Pemimpin dan kerajaan BN sentiasa mendengar denyutan nadi rakyat dan sentiasa melihat keperluan rakyat seperti program 1 Azam ini yang bertujuan meningkatkan taraf hidup bagi mengakhiri zaman miskin,” katanya.

Sehubungan itu beliau berharap mereka yang mendapat bantuan dan kemudahan daripada program itu dapat memanfaatkannya dengan sebaik mungkin melaui usaha dan kesungguhan dalam bidang perniagaan yang diceburi.

“Kerajaan BN telah beri segala bantuan dan kemudahan untuk rakayt maka terpulangl;ah kepada rakyat untuk memanfaatkan segala bantuan yang diberi, justeru itu saya menyeru tingkatkanlah usaha dan berusahalah bersungguh-sungguh untuk mencapai taraf hidup yang lebih baik daipada hari ini,” katanya.

Sementara itu seorang penduduk Kg Lajau, Julia Tunis, 38 yang menjalankan perniagaan jahitan sangat berbesar hati dan berterima kasih atas keprihatian kerajaan BN.

“Dengan bantuan ini saya yakin akan dapat meningkatkan pendapatan saya  berbanding semasa selama kira-kira setahun hanya dilengkapi dengan mesin jahit biasa,” katanya yang mendapat bantuan mesin jahit biasa, mesin jahit tepi dan mesin sulaman.

Musnah Bura, 40, yang akan memulakan perniagaan sejuk beku selepas mendapat bantuan peralatan itu berkata beliau akan terus memberi sokongan padu kepada kerajaan BN bagi memastikan rakyat di Dun Klias khasnya dan negeri ini amnya akan terus mendapat pembelaan.

“Saya juga mengucapkan terima kasih kepada wakil rakyat kami di sini, Datuk Azizah yang telah banyak membawa pembangunan dan pelbagai program untuk manfaat rakyat di sini,” katanya,

Jurtiah Kamis, 34 dari Kg Lajau yang pernah mengikuti kursus andaman dan berpengelaman bekerja selama 3 tahun kini akan memulakan perniagaan sendiri selepas mendapat bantuan Azam Niaga.

“Dengan bantuan ini saya kini boleh memulakan perniagaan sendiri dalam bidang andaman dan saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada kerajaan dan Datuk Azizah selaku wakil rakyat yang selama ini terbukti  prihatin terhadap keperluan rakyat,”

9 comments:

  1. Kerajaan sentiasa berusaha menghulurkan bantuan kepada rakyat.

    ReplyDelete
  2. byk bantuan dan sumbangan kerajaan berikan kepada rakyat.

    ReplyDelete
  3. Program 1 Azam ni sangat bermanfaat kepada peserta ynag mengikutinya. semoga rakyat menggunakan peluang ini sebaiknya.

    ReplyDelete
  4. Itu sudah semestinya kerana rakyatlah penentu kerajaan mereka.

    ReplyDelete
  5. Betul..Kerajaan tidak pernah duduk diam untuk membantu rakyat. Itu sudah tanggungjawab kerajaan untuk melakukannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Usaha kerajaan dalam membela rakyat adalah berterusan

      Delete
  6. Keprihatinan kerajaan sentiasa untuk kepada rakyat

    ReplyDelete
  7. hampir setiap hari ada laporan2 di media yang mana pemimpin2 kerajaan turun padang menghulurkan bantuan kepada rakyat.. ini jelas membuktikan bahawa kerajaan tidak mengabaikan rakyat..

    ReplyDelete
  8. syabas kepada Azizah.. setakat ini hanya beliau saja wakil rakyat yang kerap turun padang membantu rakyat.. walaupu pelbagai isu timbul dalam umno sabah, beliau tetap dengan kerja beliau membantu rakyat..

    ReplyDelete