Saturday 14 July 2012

KERAJAAN SABAH TINDAS ANAK NEGERI




SAMBUT….Ketibaan Anwar disambut meriah oleh penduduk kampung Batu Putih.

Oleh : SHAIMON S JUMADI                      Foto : SAFFIE S JUMADI

RAKYAT di negara ini semakin hari semakin sedar terhadap pemerintahan kuku besi kerajaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang terus memperlakukan penindasan kepada rakyat.

Walaupun kerajaan UMNO-BN menghulurkan pelbagai bantuan kepada rakyat, itu hanya sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja dan kerajaan UMNO/BN dan Najib sanggup berhutang dengan bank luar negara yang berjumlah lebih RM456 Billion gara-gara untuk menambat hati rakyat di negara ini supaya mendapat sokongan padu pada pilihanraya umum ke 13 (PRU 13) nanti.

Ketua Umum Parti KeADILan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian ketika berucap di dua Majlis Perjumpaan Rakyat yang diadakan di Dewan Hakka dan Kampung Kagayan, Batu Putih, Batu 7, Jalan Lapangan Terbang Sandakan baru-baru ini.

“Disebabkan mahu memancing undi dan mengambil hati rakyat supaya menyokong terhadap perjuangan UMNO-BN lantaran pelbagai bantuan diberikan, tetapi wang siapa yang digunakan itu? Contohnya pemberian subsidi 4 biji tayar kepada para pemandu teksi seluruh negara, sama ada pemilik sendiri atau teksi syarikat. Kenapa hanya teksi dijadikan duta? Kenapa pengangkutan awam seperti bas besar dan bas mini diketepikan?.

"Sikap birokrasi Najib terhadap para pemandu atau pemilik bas mini dan bas besar ini telah mencerminkan tidak berlaku adil dan ini jelas telah mengguris dan menyakitkan hati pada pemilik bas kerana mereka telah terpinggir mendapatkan bantuan yang serupa daripada kerajaan,” tegas Anwar.

Di Sabah ini, yang kita dengar, tambah Anwar, banyak perkara songsang dilakukan oleh para pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) terhadap rakyat yang tinggal di kawasan luar bandar yang majoritinya adalah suku kaum Dusun dan Sungai.

Kata Anwar, mereka terus tertindas kerana beratus hektar tanah milik Anal Negeri Sabah dan tanah adat (NCR) yang telah diusahakan sejak empat generasi telah dirampas oleh syarikat gergasi dari Semenanjung yang didalangi oleh Ketua Menteri Sabah sendiri.

"Ekoran tindakan rejim pemimpin UMNO-BN, ramai rakyat di luar bandar terus terhimpit dan menderita dalam mengharungi kehidupan seharian sehingga mereka jadi merempat di tanah air sendiri kerana sudah tiada tanah untuk mereka diduduki,” ujarnya.

 


TAKLIMAT…Anwar sedang memberi taklimat kepada pemimpin PKR Sabah di Dewan Hakka, Sandakan.


Bukan itu sahaja, jelas Anwar lagi, semasa tanah mereka dirampas dengan tindakan kejam mengalahkan rejim Israel, Jabatan Perhutanan Sabah turut bertindak ganas dan ala-samseng membakar rumah kediaman orang kampung yang sekian lama mereka tinggal.

"Mana kala tanah kuburan nenek moyang mereka, ibubapa mereka serta keluarga yang lain turut diradu dengan jentolak. Inikah dinamakan prihatin?," tanya Anwar dengan nada kesal.

Perbuatan kejam para pemimpin UMNO dan BN yang merupakan satu perbuatan pencabulan hak asasi manusia dan mereka harus disingkirkan pada pilihanraya umum ini nanti.

"Sekejam-kejam Israel, mereka tidak membunuh sesama kaumnya tetapi kekejaman pemimpin UMNO dan BN mereka sanggup membunuh rakyatnya sendiri, membakar rumah, merampas tanah dan meradu kuburan,” ujar lagi.

Di Semenanjung Malaysia, kata Anwar, rakyatnya yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India 90 peratus anti kerajaan UMNO-BN kerana mereka sudah sedar sejak lebih 50 tahun UMNO dan BN telah membolot kekayaan negara untuk mengkayakan sesama mereka.

"Rakyat pula dibiarkan berdepan dengan badai dan gelombang kehidupan yang sempit dan terhimpit. Kali inilah kita berpeluang untuk tumbangkan UMNO-BN. Jangan bagi peluang kepada mereka untuk menjadi kerajaan selepas PRU-13 kerana mereka cukup menyeksakan rakyat jelata,” tegas Anwar lagi.

Ditanya mengenai perkembangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI), Anwar berkata ini sekadar gimik dan sandiwara Najib dan UMNO sahaja untuk menyedapkan hati rakyat di Sabah semata-mata; tetapi sehingga sekarang ini tiada kesudahannya.

Majlis perjumpaan yang diadakan di Dewan Hakka dan Batu Putih telah dihadiri lebih 4,000 orang dan 40 peratus daripadanya dikenalpasti sebagai penyokong UMNO dan BN yang mungkin dalam masa terdekat ini akan berpaling tadah menyertai Pakatan Rakyat, khususnya PKR.


30 comments:

  1. Kerajaan kena buktikan yang mereka ikhlas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. harus membuktikan melalui aksi dan bukannya semata-mata kata sahaja.

      Delete
    2. Action work better. Too much of talking now a day.

      Delete
    3. Kerajaan harus segera bertindak, jangan biarkan rakyat terpedaya dengan janji pembangkang.

      Delete
  2. dulu semasa kegawatan ekonomi, Anwar yang mencadangkan negara meminjam wang dari IMF, nasib baik PM ketika itu tidak setuju.

    ReplyDelete
  3. Anwar mmg pandai manipulasikan dan mempengaruhi orang lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masing-masing menilai kata-kata Anwar lah.

      Delete
    2. The people need judge these sort of statement with their own discretion.

      sabah-go-green.blogspot.com

      Delete
  4. pandai2lah menilai cakap2 Anwar tu.

    ReplyDelete
  5. Semoga RCI dapat ditubuhkan secepat mungkin untuk membuktikan kerajaan ikhlas dengan rakyat dan sanggup menyelesaikan masalah PATI yang merunsingkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Datuk V.K Liew said the government has appointed the RCI panel members and is now waiting for the right time to announce the decision.

      sabah-go-green.blogspot.com

      Delete
    2. RCI harus reach Sabah before election. We need clean and fair election.

      Delete
  6. Rasa-rasa perjuangan BN amat positif.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hope that they will work harder to serve the people as well as develop the state.

      sabah-go-green.blogspot.com

      Delete
  7. Kerajaan harus membuktikan melalui aksi dan bukannya janji-janji semata-mata untuk menambat hati pengundi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Datuk Musa Aman urged all leaders to fulfill their promises to the people before the next general elections so that the people will give mandate to them .

      sabah-go-green.blogspot.com

      Delete
  8. The people will make their decision during the next general elections.

    sabah-go-green.blogspot.com

    ReplyDelete
  9. BN harus membuktikan bahawa mereka lebih cerah untuk membawa Sabah ke arah yang lebih meningkat.

    ReplyDelete
  10. Let see who the people in Sabah prefer? BN? Opposition?

    ReplyDelete
  11. Bn telah membuktikan yang mereka dapat memberi kemajuan kepada Negeri Sabah, cuma mungkin ada masalah, yang dapat di perbetulkan.

    ReplyDelete
  12. Perkara sebegini sememangnya akan melemahkan pentadbiran Kerajaan BN. Jadi sebaiknya pastikan anak negeri tidak akan ditindas.

    ReplyDelete
  13. Pembangkang akan mencari peluang mereka untuk menjatuhkan kerajaan dan memburukkan kerajaan. Maka berhati-hati dengan semua itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dasar pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan. Tapi tidak akan berjaya.

      Delete
  14. PKR hanya cakap yang buruk2 saja. Yang baik2 pasal kerajaan diabaikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab itu la Pakatan sentiasa ditolak rakyat.. semua yang keluar dari mulut mereka yang jahat2 belaka.. kehulu kehilir bukan membantu rakyat, sebaliknya membohongi rakyat..

      Delete
  15. tembirang saja lebih si Anwar ni.. daripada RM456 bilion itu, tidak sampai separuhpun hutang luar negara.. kalau ikut idea Anwar, dia mahu pinjam dengan IMF ratusan bilion ringgit.. lagi la hutang negara meningkat, malah membankrapkan negara..

    ReplyDelete
  16. Anwar cakap pinjaman itu adalah untuk menambat hati rakyat.. mestilah rakyat akan tertambat hatinya bila kerajaan menghulurkan pelbagai bantuan untuk mereka.. bukankah itu tanggungjawab kerajaan memberikan kesenangan kepada rakyat?? takkan pinjaman itu digunakan untuk membeli makanan binatang2 di zoo pula?? terdesak sangat la statement si tua bangka ni..

    ReplyDelete
  17. berkenaan dengan subsidi untuk teksi, kalau tidak silap pemimpin2 pembangkang juga yang cadangkan sebelum ini.. sekarang dia bantah pula.. lagipun eloklah bantuan itu diberikan kepada teksi dengan harapan pengusaha2 teksi dapat mengurangkan charge mereka.. tidak seperti pengusaha2 bas yang mana charge kepada penumbang memang sudah sedia rendah..

    ReplyDelete
  18. pandai Anwar cakap kononnya bantuan kerajaan terhadap pengusaha teksi tidak berlaku adil.. bagaimana pula dengan pendidikan percuma Anwar?? kenapa hanya pelajar2 IPTA sahaja yang diberikan pendidikan percuma sedangkan pelajar2 IPTS masih perlu memohon pinjaman?? subsidi untuk pendidikan percuma ini datang dari poket Anwar? bukan cukai seluruh rakyat Malaysia termasuk ibubapa pelajar2 IPTS???

    ReplyDelete
  19. lihat saja la beza Anwar dengan Najib.. Najib datang ke Sabah untuk melihat sendiri masalah rakyat sabah sambil mengumumkan peruntukkan untuk Sabah.. sebaliknya Anwar datang ke Sabah, duduk2 di sofa sambil memfitnah, membohong, memaki hamun dan sebagainya yang negatif2 belaka.. inikah contoh pemimpin yang kononnya mahu memajukan negara ini dan mahu membela nasib rakyat Sabah??

    ReplyDelete