Sunday 15 July 2012

KESETIAAN PARTI HARUS DIUTAMAKAN




KOTA BELUD: Kesetiaan kepada parti harus diutamakan oleh setiap ahli Umno bagi menjamin kelangsungan perjuangan, kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Salleh Tun Said.

Beliau berkata ini penting kerana yang membentuk kerajaan adalah parti dan bukan individu.

"Kita mesti ikhlas mentaati perjuangan parti dan tidak mengkhianati parti. Pemimpin yang tiada kesetiaan kepada parti umpama lalang, tunduk dan condong mengikut tiupan angin," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Kota Belud di sini hari ini.

Salleh yang juga Ketua Umno Bahagian Kota Belud berkata bagi menunjukkan kesetiaan kepada parti, setiap ahli hendaklah berpijak di bumi nyata dan bukan hanya sebelah kaki berpijak di satu tempat tapi sebelah kaki lagi di tempat lain.

"Kita tidak mahu ada ahli parti yang bersifat dua alam atau dua kepala," tegasnya.

Dalam ucapannya yang bertemakan 'Mentaati Perjuangan' itu, Salleh turut mengajak setiap ahli parti mengambil langkah proaktif memartabatkan Umno.

Untuk itu, katanya, setiap ahli hendaklah memupuk sikap mesra rakyat, membuang sikap ego dan mengikis amalan pentingkan diri sendiri.

Beliau berkata dalam rangka mendekati rakyat ini, setiap ahli jangan dilihat sebagai berlagak, sombong atau bongkak, sebaliknya harus bersederhana supaya parti sentiasa dikaitkan dengan kebaikan.

"Kita juga jangan kelihatan memperlekehkan `inteligen' pengundi. Kita mesti berupaya menjelaskan dasar dan matlamat parti dengan bijaksana tanpa emosi.

"Kita jangan gunakan `pendekatan paksaan', sebaliknya kita harus memenangi hati mereka dengan cara profesional, mengajak mereka membuat perbandingan secara rasional antara kedua-dua parti. Inilah cara kita," katanya.

Salleh yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah berkata, fokus perjuangan parti kini adalah menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang kemungkinan diadakan tidak lama lagi.

Menurutnya lagi, Sabah kini mengalami transformasi pembangunan pesat di bawah pemerintahan BN ditunjangi Umno yang diterajui Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman.

"Sepanjang beliau (Datuk Musa) mengemudi pentadbiran negeri, begitu banyak perubahan dilaksana, semuanya bermula dengan Halatuju Kemajuan dan Pembangunan yang diperkenalkannya, dan kini diperkasakan lagi menerusi Koridor Pembangunan Sabah (SDC).

"Di bawah pimpinan pragmatik beliau, ekonomi Sabah berkembang pesat, dengan unjuran pertumbuhan yang memberangsangkan.

"Kecekapan pengurusan kerajaan negeri juga terbukti dengan sijil bersih yang dianugerahkan oleh Ketua Audit Negara selama 11 tahun berturut-turut. Dan saya yakin, berdasarkan kemajuan dan prestasi hari ini, rekod tersebut akan dapat terus dipertahankan," katanya.

Selain itu, juga termaktub dalam rekod, jumlah rizab negeri yang berjumlah RM3 bilion, manakala hasil negeri diramal pada kadar RM4 bilion, manakala Sijil ISO oleh Moody International membuktikan pengurusan bajet yang efisien sepanjang tempoh tiga tahun berturut-turut di negeri Sabah.

15 comments:

  1. Setia dengan rasional, bukan membabi buta.

    ReplyDelete
  2. setia pada parti dan utamakan perjuangan parti untuk menjaga kebajikan rakyat.

    ReplyDelete
  3. Kenyataan Salleh ni nampak macam nak tujukan pada seseorang:)

    ReplyDelete
  4. Saya sokong kesetiaan harus diberikan keutamaan.

    ReplyDelete
  5. Teruskan memberikan kesetiaan kepada parti. Dengan kesetiaan ini akan mengukuhkan lagi parti tersebut.

    ReplyDelete
  6. Perpaduan dan kerjasama antara faktor utama dalam parti BN.

    ReplyDelete
  7. jika ada mana2 ahli parti yang condong kepada parti lawan, baik pecat saja..

    ReplyDelete
  8. The 13th general election is regarded a challenging one which demands the loyalty and solidarity among all Umno members to achieve the party''s struggle, Umno vice-president Datuk Seri Mohd Shafie Apdal said.

    ReplyDelete
  9. He said Umno members should remain loyal to the party and to maintain unity in the party.

    ReplyDelete
  10. "Loyalty and unity in the party have to be maintained to ensure the party's strength, and also in an effort to increase the party membership," he told reporters after opening the Taiping Umno divisional delegates meeting.

    ReplyDelete
  11. He said all Barisan Nasional (BN) component parties should be more aggressive in their efforts to win the people's support.

    ReplyDelete
  12. Earlier in his speech, Mohd Shafie said the Malays should realise that they could not rely on others to achieve their goals.

    ReplyDelete
  13. "Their loyalty to Umno should not only be to the song. Their struggle for the party should not be seasonal, which is only during election time. Failure to translate loyalty because of not being elected as election candidate, not given projects, post and reward, and instead vote for the opposition. The one to lose will not only be the Malays and country, but also religion," he added.

    ReplyDelete
  14. He said Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak, as Umno President, had carried out various transformations, including in the party to ensure Umno remained relevant.

    ReplyDelete