Friday 27 July 2012

KETEPI IDEOLOGI POLITIK DALAM AGAMA





Oleh : ARSHAD HUSSIN

SEMPORNA: Menteri Di Jabatan Ketua Menteri, Dato Sri Haji Nasir Tun Sakaran, mengingatkan masyarakat Islam agar mengenepikan ideologi politik dan perbezaan kaum dalam melaksanakan tuntutan agama serta berganding bahu berpimpin tangan menegakkan syiar Islam demi mengukuhkan perpaduan dan mempertahan keamanan serta kemakmuran yang dinikmati selama ini.

Katanya, umat Islam juga seharusnya terus mengimarahkan surau dan masjid bukan sahaja di bulan Ramadhan al-Mubaraq, malah berterusan sepanjang hayat.

Nasir yang juga Menteri bertanggungjawab mengenai Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah menegaskan, tanpa keamanan dan kemakmuran mustahil umat Islam dan rakyat negeri ini mampu melaksanakan ibadah dengan selesa serta menghadiri majlis-majlis keraian seperti sambutan perayaan dan menjalani kehidupan harian seperti sekarang.

Sehubungan itu, katanya umat Islam hendaklah meningkatkan amal ibadah terutamanya di bulan Ramadhan yang penuh dengan rahmat dan keberkatan.

“Meskipun ada di kalangan kita berbeza pendapat dan ideologi politik, namun tidak semestinya kita terus bersengketa dan memisahkan diri dari masyarakat dalam Hal Ehwal Agama Islam,” kata Nasir.

Katanya, dalam kehidupan bermasyarakat dalam sesebuah kampung hendaklah mengenepikan sikap mementingkan diri, fahaman politik dan perbezaan kedudukan sebaliknya sama-sama memajukan kampung dengan permuafakatan bijak sambil memelihara keharmonian kaum.

Beliau berkata demikian sempena menghadiri majlis berbuka puasa dan Jelajah Ramadhan Al-Mubaraq di Surau As-Syakirin bersama masyarakat Islam Kampung Salimbangun Zon Kabogan dekat sini.

Hadirsama sempena majlis itu Pegawai Daerah Semporna, Abdul Muhammad Ibni Abdul Kadir Baba; Pemimpin Unit Kemajuan Rakyat Dun Senallang, Haji Tahir Amir; Ketua Daerah Semporna Dun Senallang, OKK Haji Musa Sabaani; Ketua Zon Kabogan, Haji Ghulam Miralam serta kakitangan UPKR dan pejabat DUN Kawasan Senallang.

Sempena majlis itu, Nasir menyampaikan bantuan zakat asnaf fakir miskin kepada 20 orang penerima; menyampaikan sumbangan dan zakat peribadi kepada masyarakat dan kanak-kanak yang turut menghadiri majlis itu seterusnya bersama-sama masyarakat Islam menunaikan solat berjamaah Isyak dan solat sunat Tarawih.

9 comments:

  1. jgn libatkan idelogli politk dgn agama, kita dalam satu agama kena brsatu.

    ReplyDelete
  2. Memang ramai yang sukar untuk mengenepikan ideologi politik dan perbezaan kaum dalam melaksanakan tuntutan agama hingga bila berada di tempat beribadat pun masih juga terbawa2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malah dalam agama pun ada juga yang berpuak2 dan sukar untuk berkomunikasi dengan orang lain.

      Delete
    2. Hope that Sabahans will not let our religious difference affect our unity.

      Delete
  3. Don't mix politics with religion, both are controversial enough on its own.

    ReplyDelete
  4. Betul itu saya sokong..Ketepikan yang berkaitan dengan agama.

    ReplyDelete
  5. Politik dan agama adalah bidang yang berbeza. Jadi fikirkanlah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perlu bezakan dua perkara ni untuk tidak bercampur aduk

      Delete
  6. Jangan politikan agama.

    ReplyDelete