Sunday 29 July 2012

KETIDAK PUAS HATI OLEH PENDUDUK MALAYSIA.





Saudara Pengarang,

SAYA adalah suara rakyat yang ingin memberikan cadangan sekirangnya ada ruang yang sesuai untuk isu ketidak puas hati saya ini berhubung isu Elaun Wilayah untuk Rakyat Sabah.

Saya adalah bumiputera anak jati Sabah dan berkhidmat dengan kerajaan persekutuan. Semasa saya ditempatkan di Semenanjung Malaysia, saya dapati kelayakan Elaun Wilayah yang saya terima adalah tidak setimpal dengan Elaun Wilayah rakan-rakan saya yang bekerja di Sabah Dan Sarawak.

Sehubungan itu, saya mohon Sabahkini.net dapat mencari maklumat dan menyelesaikan persoalan ini disebabkan kita rakyat 1Malaysia. Setiap kali laungan 1Malaysia berkumandang saya berfikir, kenapa rakyat Sabah diberikan perkhidmatan yang tidak setimpal dengan rakyat Semenanjung.

Bukan sahaja berkenaan elaun wilayah, pegawai tertinggi di setiap jabatan kebanyakannya juga org Semenanjung. Di mana perginya Pegawai orang tempatan Sabah? Adakah semua ini diatur oleh orang Semenanjung?

Mohon agar Sabahkini.net dapat mengetengahkan isu ini agar semua rakyat Sabah dapat merasa kemewahan yang orang Semenanjung dan Sarawak kecapi selama ini.

Sekian, Salam Hormat,

MANGSA BIROKRASI

No comments:

Post a Comment