Friday 13 July 2012

KETUA-KETUA CAWANGAN PERMATA UMNO




MESRA.....Salah seorang Ketua Cawangan Umno beramah mesra dengan Nasrun ketika tiba di Dewan Masyarakat Tun Mustapha Lahad Datu untuk merasmikan majlis berkenaan.


Oleh : RIDZAL ABDULLAH

KUNAK: Ketua-ketua cawangan Umno memainkan peranan yang sangat penting dalam memimpin ahli-ahli di akar umbi, kata Ketua Umno Bahagian Silam, Datuk Datu Nasrun Datu Mansur.

“Ketua bagi sebuah cawangan Umno ibarat permata yang bersinar kerana bukan sahaja bertindak sebagai pemimpin akar umbi tetapi mereka juga sebagai mata dan telinga bagi pucuk pimpinan. Maka mereka ini harus dihargai dan diberi pujian kerana menjalankan tugas yang agak rumit dan tetap setia kepada parti walau berdepan dengan pelbagai cabaran,” kata beliau semasa Taklimat Ketua-ketua cawangan Umno bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kunak baru-baru ini di Pejabat Penyelaras Umno Pekan Kunak.

Katanya, jika semua 432 orang ketua cawangan Umno di bahagian Silam menjalankan tugas seperti yang diarahkan, Barisan Nasional (BN) Silam akan sekali lagi menang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 dan mengekalkan rekod seperti PRU sebelum ini.





KENANGAN....Ketua-Ketua cawangan Umno di DUN Kunak bergambar bersama Nasrun (duduk tengah) dan Datuk Nilawan Kabang.


Menurut Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri itu, wajarlah setiap ketua cawangan Umno khususnya di bahagian Silam untuk meneruskan tugas murni dengan berkerja lebih gigih dan menangkis segala dakyah pembangkang yang sentiasa berusaha merosakkan keharmonian dan perpaduan negara.

“Bimbinglah tangan semua ahli anda, genggam erat dan jangan biar musuh mempengaruhi fikiran mereka dengan hasutan dan tipu helah yang hanya akan membawa kepada kehancuran, kerana tiada kerajaan yang layak dan mampu serta terbukti selain kerajaan BN yang bertunjungkan parti Umno,” tegas beliau.




ZON TUNGKU....Ketua-Ketua cawangan Umno DUN Tungku bergambar bersama dengan Nasrun (duduk tengah barisan hadapan).


Katanya, kepimpinan Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak telah terbukti dengan pelbagai transformasi yang direalisasikan sehingga semua rakyat tanpa mengira ideologi politik mereka dapat menikmatinya bersama.

“Bagi Sabah pula, Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman telah menunjukkan segala kebolehan beliau dengan membawa pelbagai kemajuan ke negeri ini sehingga tiada sesiapa mampu menyangkalnya lagi,” tambahnya.

Justeru,beliau menyeru agar rakyat berfikir dengan berdasarkan fakta dan sejarah bukan berlandaskan emosi dan ‘ikut-ikut’ sahaja.

“Sejarah telah membuktikan BN mampu mentadbir negara dengan cemerlang, jadi saya hairan mengapa ada sebilangan kecil pihak berani memperjudikan masa depan mereka dengan berpihak dengan kelompok yang hanya berani tampil dengan menjual air liur menabur fitnah di kedai-kedai kopi serta menjanjikan bulan dan bintang di saat bahang PRU semakin hampir," kata Nasrun lagi.

Nasrun mengajak Ketua Cawangan melihat negeri ditadbir pembangkang kerana jauh sekali perbezaan dengan yang ditadbir BN dan mengajak mereka berfikir bahawa hanya empat negeri pembangkang tidak dapat dijaga; inikan pula berangan-angan untuk mengambil alih Putra Jaya.

"Ibarat rumah sendiri belum bersih, rumah orang lain pula mahu dibersihkan,” katanya.




SALAM.....Ketua-Ketua cawangan Dun Lahad Datu yang hadir dalam taklimat tersebut di Lahad Datu.

Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Silam akan diadakan pada 26 Ogos yang akan menyaksikan seramai hampir 1,500 orang perwakilan akan menghadiri mesyuarat tersebut yang mewakili jumlah keahlian Umno terbesar di seluruh negara.

Terdahulu, Nasrun yang juga Pengerusi Penyelas Barisan Nasional Parlimen Silam juga telah merasmikan taklimat yang serupa bagi kawasan Dun Tungku dan Lahad Datu.

Hadir sama, Bendahari Umno Silam yang juga Adun Kunak, Datuk Nilwan Kabang; Setiausaha Umno Bahagian Silam, Aljen Johnny dan Ketua Penerangan Umno Silam, Sharif Saidi Sharif Alawi

6 comments:

  1. ketua2 cawangan UMNO memainkan peranan penting dalam parti. semua harus bersatu dan bekerjasama dalam melangsungkan kekukuhan parti.

    ReplyDelete
  2. Maju mundur parti terletak kepada kepimpinannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maju dan mundur negara terletak pada kepimpinan pimpin.

      Delete
  3. Teruskan berkerjasama untuk membantu penduduk. Jangan lupa akan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin yang terpilih.

    ReplyDelete
  4. Kerajaan perlu usaha yang berterusan dalam membela nasib rakyat Sabah

    ReplyDelete
  5. bercakap pasal Kunak, pemimpin2 kerajaan BN perlu melakukan lebih banyak pembangunan di pekan ini.. kadang kala saya tidak perasan sudah melalui pekan ini ketika membuat perjalanan dari LD ke Tawau..

    ReplyDelete