Saturday 21 July 2012

KHIDMATBAKTI AGROBANK WAJAR DICONTOHI




SUMBANGAN….Salah seorang OKU menerima sumbangan yang disampaikan oleh Juslie sambil disaksikan oleh Hjh Musna dan Che Azmi.

Oleh : SHAIMON S JUMADI

AHLI Parlimen Kawasan Libaran Datuk Haji Juslie Ajirol berkata golongan Warga Emas, Orang Kurang Upaya (OKU) Anak-Anak Yatim dan Golongan Miskin tidak terpinggir, malahan terus mendapat perhatian dan pembelaan Kerajaan Barisan Nasional.

Bagi warga emas, khususnya warga tua yang terpinggir daripada anak-anak dan keluarga mereka, kerajaan telah membina rumah-rumah warga tua bagi menempatkan golongan ini dijaga dengan semporna.

"Begitu juga dengan golongan OKU dan anak-anak yatim yang tidak mempunyai kedua ibubapa, mereka juga sediakan tempat tinggal yang serba serbi lengkap dengan pelbagai kemudahan,” kata Datuk Juslie kepada Sabahkini.Net sejurus selepas menyampaikan sumbangan berupa makanan dan wang ehsan kepada Anak-Anak Yatim, OKU dan Warga Emas yang disumbangkan oleh Agro Bank Sandakan yang diadakan di Dewan SMK Fajar, Taman Sandakan, kelmarin.

Juslie menambah, usaha yang dipraktikan oleh pihak Agro Bank yang begitu prihatin kepada golongan asnaf dan daif dengan menghulurkan bantuan sedemikian ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban di samping menggembirakan mereka yang kurang bernasib baik ini.



 

KENANGAN…Juslie bergambar ramai-ramai bersama Anak-Anak Yatim SMK Taman Fajar

Selanjutnya, bagi pihak kerajaan Barisan Nasional (BN), Juslie mengucapkan terima kasih atas kesudian dan inisiatif Agro Bank dalam memberikan sumbangan kepada mereka dan langkah ini juga akan memberikan contoh teladan kepada institusi-institusi bank lainnya agar mengikut jejak Agro Bank untuk memberikan sumbangan seumpamanya.

Turut hadir pada Majlis tersebut ialah Pengetua SMK Taman Fajar Hajah Musnah Hj Nasri dan Pengurus Wilayah Agro Bank Che Azmi Che Leh.

6 comments:

  1. terima kasih kepada Agrobank atas sumbangan mereka.

    ReplyDelete
  2. Baguslah Agrobank menunaikan tanggungjawab mereka dalam hal kebajikan.

    ReplyDelete
  3. Usaha sebegini sememangnya patut dicontohi. Rasanya BSN pun turut melakukan perkara sedemikian sebelum ini.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas sumbangan yang diberikan ini.

    ReplyDelete
  5. Usaha yang perlu diteruskan untuk membantu mereka yang memerlukan

    ReplyDelete