Monday 23 July 2012

KIMMA TAK DAPAT BERDIRI TANPA NGO INDIA MUSLIM




KONGRES India Muslim Malaysia (KIMMA) menggesa pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili masyarakat India Muslim supaya bersatu demi membela komuniti itu.

Presidennya, Datuk Syed Ibrahim Kader berkata, "Kerjasama antara NGO sangat diperlukan kerana kami (KIMMA) tidak dapat berdiri dengan sendiri tanpa sokongan mereka."

Beliau bercakap kepada Bernama selepas mesyuarat bersama 38 NGO India Muslim Pulau Pinang sempena majlis berbuka puasa dan penyerahan wang zakat kepada fakir miskin anjuran KIMMA Pulau Pinang, di George Town semalam.

Syed Ibrahim menyampaikan bantuan zakat sebanyak RM100 seorang kepada 250 fakir miskin.

"Hari ini saya pergi melawat Wisma Anak Yatim Perempuan Islam di Jalan Scotland dan telah memberi sumbangan sebanyak RM20,000.

"KIMMA juga telah berjanji untuk menyalurkan RM20,000 setiap enam bulan kepada wisma ini untuk kemudahan mereka," katanya. (Bernama)

No comments:

Post a Comment