BONGKAK.....Lim Kit Siang bersama
pengikutnya di Kampung Bahru pada 13 Mei 1969.
PENASIHAT
Kebangsaan DAP, Lim Kit Siang melenting apabila parti itu didakwa diresapi
elemen-elemen komunis sementara PAS pula dipengaruhi unsur-unsur organisasi
penganas Jemaah Islamiah (JI).
Reaksi
spontan Kit Siang terhadap kenyataan Ketua Penolong Pengarah E2 (M), Bahagian
Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman, Datuk Mohd Sofian Md Makinuddin dalam
Konvensyen Pemimpin Muda Negara di Parlimen 19 Julai lalu harus difahami dalam
konteks sejarah penubuhan DAP dan kaitan parti itu dalam rusuhan kaum 13 Mei 1969.
Bagi
golongan muda yang tidak melalui peristiwa berdarah 43 tahun lalu mungkin tidak
begitu mengerti mengapa tokoh veteran DAP itu amat marah terhadap dakwaan
tersebut, tetapi generasi yang melihat dengan mata kepala mereka sendiri
tragedi paling dahsyat dalam sejarah negara itu sudah tentu memahami sebab
musabab reaksi cacing kepanasan beliau.
Sejarah
awal penubuhan DAP mempunyai kaitan rapat dengan Parti Tindakan Rakyat Singapura
(People's Action Party - PAP) yang di tubuhkan pada tahun 1954.Antara pelopor
awal PAP ialah Lee Kuan Yew yang bertindak sebagai setiausaha agung parti itu.
Sejurus
Singapura berpisah daripada Persekutuan Malaysia pada 9 Ogos 1965, pendaftaran
parti itu di negara ini dibatalkan sebulan kemudian.Maka untuk meneruskan
agenda PAP yang 100 peratusnya adalah pro-Cina, Devan Nair, Ahli Parlimen
Bangsar ketika itu berusaha menghidupkan kembali parti itu dengan mendaftar
sebuah parti baru dipanggil Parti Tindakan Rakyat tetapi ditolak oleh pendaftar
pertubuhan kerana mempunyai persamaan dengan PAP dari segi nama.
Devan
Nair lalu menukar nama tersebut kepada Parti Tindakan Demokratik atau
Democratic Action Party (DAP) yang diluluskan secara rasmi pada 19 Mac 1966. DAP
yang baru ditubuhkan itu dipelopori pula oleh Kit Siang yang dikatakan
mempunyai pertalian famili dengan Kuan Yew yang berasal dari Batu Pahat, Johor.
Dari
segi lambang parti, prinsip perjuangan dan cara berpolitik, tidak ada bezanya
antara DAP di Malaysia dan PAP di Singapura.
Maka
tidak hairanlah sehingga ke hari ini generasi pemimpin baru DAP seperti anak
Kit Siang, Lim Guan Eng meneruskan tradisi berkiblat kepada PAP terutamanya
setelah parti itu memerintah Pulau Pinang.
Bukankah
Guan Eng sendiri mengaku bahawa beliau sering melakukan lawatan ke Singapura
setiap dua minggu untuk bertemu mentor besar DAP, Kuan Yew serta mendapatkan
arahan-arahan spesifik berhubung gerakan kerja politik parti itu di Malaysia?
Apabila
DAP dan Gerakan (ketika itu masih menjadi pembangkang) menang besar di Selangor
pada pilihan raya umum tahun 1969, kedua-dua parti itu menjadi besar kepala.
DAP
menggunakan kebebasan bersuara tanpa batasan dan kawalan untuk mengutuk dan
menghina bangsa Melayu dengan kata-kata kesat dan mengaibkan dalam perarakan
besar-besaran di Kuala Lumpur dengan membawa sepanduk dan pembesar suara.
Baru
sahaja 12 tahun kaum Cina diberi taraf kerakyatan penuh melalui dasar 'Jus
Soli' sebagai salah satu syarat utama Inggeris untuk kemerdekaan, orang Cina
sudah naik tocang.
Menurut
Laporan rasmi Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang dipengerusikan oleh Almarhum
Tun Abdul Razak Hussein, tindakan DAP mengadakan perarakan jalanan meraikan
kemenangan mereka dengan menghambur sentimen perkauman terhadap bangsa Melayu
menjadi pencetus kepada rusuhan kaum yang menelan korban lebih 2,000 nyawa.
Sehari
setelah melenting, Kit Siang bertukar nada dengan mengatakan parti itu ingin
bekerjasama dengan Barisan Nasional untuk menghindari tragedi 13 Mei berulang. Tujuannya
ialah untuk menutup dosa besarnya sebagai pengerak utama 13 Mei dan membasuh
tangannya yang berlumuran darah rakyat tidak berdosa yang didalangi tidak lain
tidak bukan oleh Kit Siang sendiri.
Slogan
yang dicanang oleh Kit Siang dan pemimpin DAP Cina lain pada perhimpunan dan
perarakan mereka yang menjurus kepada peristiwa berdarah 13 Mei ialah
"Malai si" yang bermakna "Mati Melayu".
Pada
11 Mei penyokong DAP berteriak:-
"Apa
polis boleh buat, kita raja. Buang sama polis Melayu."
Di
Jalan Bukit Bintang pada hari yang sama, DAP melaung:
"Mati
Melayu, sakai pergi masuk hutan."
Di
Jalan Changkat Dollah pula mereka mengapi-apikan bahawa:
"KL
sekarang Cina punya."
Sehari
kemudian pada 12 Mei di Jalan Ipoh dan Jalan Tunku Abdul Rahman, penyokong DAP
menjerit:
"Melayu
balik kampung, Melayu sekarang tidak ada kuasa. Sekarang kita Cina sudah
'control'."
Malah
sejarah mencatat kenyataan angkuh Kit Siang sendiri di Jalan Khir, Kampung
Baru, di hadapan orang Melayu ini denga berkata:
"Melayu
keluar! Apa lagi duduk sini, kita hentam lu, sekarang kita sudah ada
kuasa."
Keesokan
harinya pada 12 Mei di hadapan Balai Polis Jalan Pudu, penyokong Cina DAP terus
melaungkan:
"...semua
Melayu kasi habis, kasi halau semua polis."
"Apa
ini Melayu, kita sudah perintah dia negeri, ini negeri bukan Melayu punya,
mata-mata lancau."
Hari
yang sama mereka juga mengutuk bangsa Melayu di Jalan Canvel:
"Butuh
Melayu, Malai si, pergi mati Melayu."
Di
Jalan Bukit Bintang, DAP pula berkata;
"Ini
negeri bukan Melayu punya, kita mahu kasi halau semua Melayu."
Hakikatnya,
DAP tidak akan bertukar menjadi sebuah parti
yang memperjuangkan hak-hak bangsa Melayu dan pribumi kerana sikap rasis
dan perkauman tebal sudah menjadi darah daging mereka. (Sanggah Tok Janggut)
No comments:
Post a Comment