Thursday 19 July 2012

KKLW SABAH TIPU KETUA CAWANGAN UMNO?





SABOTAJ..... HJ Zakaria sedang menjelaskan isu 33 projek yang disabotaj dan meminta SPRM menjalankan siasatan segera.

Oleh :SHAIMON S JUMADI           Foto : SAFFIE S JUMADI

SEBANYAK 52 buah projek kecil membaikpulih jambatan, membina pagar Jambatan Kampung Sim-Sim dan membina walkway yang melibatkan kos RM5.2 juta melalui peruntukan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) yang dipohon dengan menggunakan 52 orang Ketua Cawangan UMNO Bahagian Sandakan yang diketuai oleh Zamri Hj Osman selaku Ketua Pemohon; sebahagiannya telah disabotaj oleh Pengarah KKLW Negeri Sabah.

Ketua Cawangan UMNO Bukit Merah Sandakan, Haji Andy Zakaria Palawong mendedahkan perkara ini kepada Sabahkini.Net dalam satu temubual eksklusif kelmarin yang mendakwa sebanyak 52 projek yang diluluskan oleh kementerian berkenaan hanya 19 buah projek saja yang dibuka sebut harga, manakala selebihnya dimonopoli oleh orang tertentu dalam UMNO Sandakan yang diberi begitu saja tanpa dikenakan sebarang syarat.

Hj Zakaria menambah, ekoran tindakan Pengarah KKLW Negeri melakukan sabotaj tersebut. Keadaan ini telah menimbulkan kemarahan di kalangan Ketua-Ketua Cawangan UMNO kerana mempergunakan nama-nama mereka untuk mendapatkan projek tersebut bagi kepentingan orang tertentu.

“Sikap birokrasi sebegini, jika terus diamalkan oleh Pengarah KKLW akan menjurus kepada kemarahan dan kebencian di kalangan Ketua-Ketua Cawangan UMNO Sandakan. Kita bimbang mereka mungkin tidak akan menyokong dan mengundi UMNO dan BN lagi pada PRU 13 nanti," kata Haji Zakaria yang mengakui mereka benar-benar terpedaya dan ditipu.

Tindakan birokrasi dan sabotaj Pengarah KKLW Negeri Sabah dalam pengagehan projek yang tidak mengikut landasan akan menjejaskan kredibiliti perjuangan UMNO dan Barisan Nasional (BN) di Sabah.

"Senario ini sekaligus memberikan ruang dan peluang besar kemenangan parti Pakatan Rakyat, khususnya Parti KeADILan Rakyat (PKR) untuk membentuk kerajaan baru; sama ada di peringkat persekutuan, mahupun di peringkat negeri Sabah," tegas Hj Zakaria yang membayangkan mereka mungkin akan keluar beramai-ramai daripada UMNO Sandakan.

Bagi pihak Ketua-Ketua Cawangan UMNO Sandakan yang teraniaya, Haji Zakaria memohon kerjasama Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat kes sabotaj ke atas projek ini dan tangkap mereka yang terlibat.


13 comments:

  1. Semoga SPRM akan menyiasat kes sabotaj dalam projek ni dengan segera.

    ReplyDelete
  2. dakwaan ini kena disiasat.

    ReplyDelete
  3. kalau ada laporan maka wajib disiasat...

    ReplyDelete
  4. sebaiknya pekara ini diberikan penjelasan segera.

    ReplyDelete
  5. jika dakwaan ini benar, sisatan harus dibuat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar atau tidak, pihak berkuasa harus menyiasat.

      Delete
  6. Aduan harus mengambil langkah siasatan yang wajar.

    ReplyDelete
  7. Tidak mungkin ada dakwaan yang bukan-bukan. Harus mengambil langkah yang wajar.

    ReplyDelete
  8. Keadaan ini telah menimbulkan kemarahan di kalangan Ketua-Ketua Cawangan UMNO kerana mempergunakan nama-nama mereka untuk mendapatkan projek tersebut bagi kepentingan orang tertentu.

    Semog atiada pihak menggunakan nama pihak lain untuk mencapai matlamatnya.

    ReplyDelete
  9. Betul..Jika ini berlaku ini boleh menjejaskan nama pemimpin atau wakil rakyat yang memberikan janji.

    ReplyDelete
  10. KKLW haruslah melaksanakan apa yang patut. Sebaiknya perbincangan antara ketua cawangan dan juga pihak KKLW perlu bagi memastikan perkara ini dapat diselesaikan.

    ReplyDelete
  11. Peruntukan harsu sampai ke tempat yang sepatutnya

    ReplyDelete
  12. SPRM perlu siasat perkara tu

    ReplyDelete