Tuesday 3 July 2012

KPDNKK MANJAKAN AHLI DPPIMS?




Saudara Pengarang,

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang bertanggung jawab terhadap Akta Percatutan seolah-olah memanjakan ahli Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Muslim Sabah (DPPIMS) yang bukan sahaja menjual barangan melebihi harga yang ditetapkan malah tidak bermutu dan menyalahi undang-undang.

Sebagai contoh, kelmarin saya membeli tiga kad kupon prabayar Hotlink bernombor 47892371378821, 48779054184605 dan 12256330387726 daripada Habeeb Store di Taman Tyng, Batu 6, Sandakan iaitu salah seorang ahli DPPIMS.

Saya terkejut kerana dikenakan caj 50 sen bagi setiap kad prabayar bagi denominasi RM10 sedangkan telah diperjelaskan melalui media segala barangan hendaklah dijual mengikut harga yang ditetapkan atau ditulis pada sesuatu barangan atau perkhidmatan berkenaan.

Saya terpaksa membeli kerana tidak mempunyai pilihan disebabkan tidak ada kedai lain yang menjual kad prabayar berkenaan. Jika ahli DPPIMS boleh sesuka hati boleh menjual kad prabayar untuk mendapat keuntungan yang lebih, apa ertinya kerajaan menubuhkan KPDNKK dan tidak menguatkuasakan Akta Percatutan 2010?

Salam Hormat,
MANGSA DPPIMS

No comments:

Post a Comment