Friday 6 July 2012

KPDNKK RAMPAS PAKAIAN TIRUAN RM500,000




KOTA KINABALU : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Cawangan Sabah merampas hampir 100 guni pakaian pelbagai jenama tiruan yang dianggar bernilai RM458,000 dalam serbuan di sebuah rumah teres di Taman Mount Tiara, Penampang, dekat sini, semalam.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK Sabah Rosle Abd Hamid berkata kesemua pakaian tiruan yang dirampas dalam serbuan pada pukul 2 petang itu dipercayai diimport dari China dan Indonesia bagi pasaran di negeri ini.

Beliau berkata antara pakaian yang dirampas ialah 1,330 jaket jenama Nike, jaket jenama Adidas (250), seluar jeans jenama Levis (2,540), baju T jenama Adidas (4,030) dan seluar pendek jenama Adidas (4,320).

"Siasatan awal mendapati pemilik rumah yang merupakan peniaga berusia 52 tahun itu menjadikan sebuah rumah bersebelahan rumahnya sebagai stor penyimpanan pakaian tiruan.

"Semua aktiviti pemunggahan dan penghantaran pakaian dilakukan sekitar pukul 2 pagi," katanya kepada pemberita di sini, kelmarin. (Bernama)

11 comments:

  1. Good job to the KPDNKK for able to confiscate RM458,000 of counterfeit branded clothing. Keep up the good work.

    http://sabah-go-green.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. The Custom's department should monitor these import activities more closely from now on.

    http://sabah-go-green.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. nilai rampasan ini bukan sedikit.. barangan tiruan ini tidak brkualii. kita tak patut menggunakannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nilai rampasan memang banyak, kalau dijual tu pun banyak juga untung.

      Delete
  4. Tahniah atas rampasan yang dibuat ini.

    ReplyDelete
  5. Teruskan operasi membenteras kegiatan menjual barangan tiruan kepada pelanggan ini.

    ReplyDelete
  6. Jangan terpedaya dengan jenama kerana sekarang banyak barang tiruan.

    ReplyDelete
  7. Macam manalah tidak dikesan waktu baru dibawa masuk dari negara jiran??

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu tandanya kawalan sempadan negeri atau perairan Sabah masih terlalu lemah..

      Delete
  8. Pihak berkuasa perlu tingkatkan operasi untuk mengurangkan kadar jenayah.

    ReplyDelete
  9. selepas dirampas dan direkodkan, semua pakaian ini mau buat apa?? daripada dilupuskan, bagus kasi derma la sama badan2 kebajikan atau orang2 miskin..

    ReplyDelete