Tuesday 10 July 2012

KURSUS KEMAHIRAN TRANSFORMASI EKONOMI




KEMUDAHAN…….Abdul Rahman (tiga dari kanan) menyampaikan sebuah mesin jahit elektrik kepada salah seorang peserta kursus sambil disaksikan oleh Lores (kiri sekali), Norshafie dan Sylvester (dua dari kanan) pada majlis itu.

Oleh : ISMAIL MOHD ROSLI

KOTA BELUD : Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Datuk Dahlan berkata kursus kemahiran yang sering dianjurkan oleh pelbagai agensi kerajaan membabitkan golongan belia di negeri ini merupakan sebahagian daripada transformasi kerajaan ke arah memantapkan ekonomi rakyat.

Menurutnya, proses transformasi kerajaan yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Mohammad Najib Tun Abdul Razak berjalan dengan lancar bukan hanya setakat retorik politik malah ianya dilaksanakan sepanjang masa untuk kebaikan rakyat secara keseluruhannya.

Katanya, program 1 Azam merupakan salah satu contoh program transformasi ekonomi yang secara langsung melibatkan rakyat di peringkat akar umbi yang berminat untuk memajukan ekonomi diri dan keluarga.

“Kursus Seni Kreatif Jahitan 1 Azam seperti yang diadakan hari ini jelas membuktikan kerajaan sentiasa berusaha bukan setakat memberikan ilmu kemahiran malah memberi kemudahan asas yang diperlukan oleh peserta.”

“Justeru itu, para peserta yang terlibat dalam program ini seharusnya menggunakan peluang yang diberikan oleh kerajaan sebaik mungkin untuk kemajuan diri.”

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Penutupan Kursus Seni Kreatif Jahitan 1 Azam anjuran Kementerian Belia Dan Sukan Sabah yang telah diadakan di Dewan Arena Belia Dan Sukan Kota Belud, baru-baru ini.

Abdul Rahman yang juga Setiausaha Barisan Nasional Sabah turut berkata program transformasi ekonomi bukan hanya hebat dibicarakan ketika persidangan parlimen diadakan malah ianya telah terbukti meresapi hingga ke peringkat akar umbi tidak terkecuali di daerah Kota Belud.

Beliau juga meminta pihak yang terbabit dalam penganjur program tersebut supaya terus memperhebatkan penganjuran program seumpamanya agar lebih banyak golongan belia dapat mendapat manfaat dari program transformasi kerajaan.

Seramai 15 orang belia dari daerah ini telah menyertai Kursus Seni Kreatif Jahitan 1 Azam yang diadakan selama 20 hari, selain daripada menerima sijil kursus setiap peserta menerima sebuah mesin jahit elektrik, mesin jahit tepi kain elektrik, sebuah papan streak, sebuah streak dan peralatan jahitan.

Hadir sama pada majlis itu antaranya Wakil Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan Sabah, Sylvester Pilol, Penolong Pegawai Daerah Kota Belud, Norshafie Dukah, Pegawai Kementerian Belia Dan Sukan Kota Belud, Madlee Mason, Wakil Jabatan Polis Kota Belud, Asp Lores Matius serta para pemimpin setempat yang lain.

8 comments:

  1. plbagai kursus kemahiran ditawarkan pada masa ini, kita harus manfaatkan untuk meningkatkan kemahiran kita dalam pelbagai bidang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kursus kemahiran yang dianjurkan sekiranya berminat jangan lepaskan peluang

      Delete
  2. Bersedialah menerima sebarang transformasi yang dilaksanakan.

    ReplyDelete
  3. Teruskan usaha membantu meningkatkan pendapatan penduduk.

    ReplyDelete
  4. Kerajaan telah mencuba yang terbaik untuk memastikan rakyat mendapat manfaat dalam apa juga anjuran dan program untuk rakyat.

    ReplyDelete
  5. Kemahiran memang diperlukan pada masa2 sekarang untuk mendapatkan pekerjaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. kemahiran adalah yang paling penting sekali dalam usaha membangunkan ekonomi isi rumah.. berkenaan dengan platform untuk rakyat mengetengahkan kemahiran mereka bukan sahaja sentiasa terbuka luas, malah pelbagai bantuan diberikan oleh kerajaan..

      Delete
  6. syabas kepada kerajaan kerana benar2 melaksanakan tanggungjawab membantu rakyat dalam membangunkan ekonomi mereka..

    ReplyDelete