Monday 30 July 2012

LAJIM DIBERI SURAT TUNJUK SEBAB




KUALA LUMPUR : Ibu Pejabat Umno telah menghantar surat tunjuk sebab kepada Datuk Seri Lajim Ukin berkaitan dengan mengapa beliau tidak boleh dipecat oleh Umno berikutan dengan tindakan ahli parlimen Beaufort itu mengumumkan meletakkan jawatan dalam Umno dan Batisan Nasional (BN) Sabtu lalu kata Setiausaha Agung, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (gambar).

Lajim perlu menjawab surat tunjuk sebab tersebut dalam tempoh 14 hari bagi dipertimbangkan untuk tindakan seterusnya sebagaimana tertakluk dalam Perlembagaan Umno, katanya.

“Umno memandang serius apa yang dilakukan oleh YB Datuk Seri Panglima Haji Lajim Bin Ukin khususnya dalam pengisytiharan gerakan ‘Pakatan Perubahan Sabah’ (PPS) selain hubungan akrab dengan pakatan pembangkang yang seolah-olah mempersenda kepimpinan dalam Umno,” kata Tengku Adnan seperti yang dilapor oleh web portal Umno Online.

Di dalam perlembagaan Umno Fasal 20.8 menetapkan bahawa semua ahlinya hendaklah cintakan parti serta patuh kepada Perlembagaan dan Tataetika Ahli selain sentiasa memelihara nama baik dan maruah parti kata ahli parlimen Putrayajaya itu.

“Apa yang berlaku ini adalah isu dalaman yang bersifat peribadi membabitkan Lajim dan orang-orang tertentu dalam kancah politik negeri maka ia tidak sewajarnya dikaitkan dengan parti yang telah banyak berjasa kepada negara dan rakyat keseluruhannya,” tegas beliau.

Lajim Sabtu lalu, telah mengumumkan peletakan jawatan sebagai Anggota Majlis Tertinggi Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan pengerusi BN Beaufort berkuatkuasa serta merta Sabtu lalu.

Lajim membuat pengumuman di kediamannya di Likas Jaya. Bagaimanapun, Lajim masih kekal sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta ahli Umno.

No comments:

Post a Comment