ATAS alasan apa sekalipun,
tindakan Lajim Ukin yang akan meninggalkan UMNO adalah tindakan paling biadap, jahat,
kotor serta keji dan inilah tindakan yang paling tidak bermaruah serta beradab
dalam sejarah politik tanahair yang dipamerkan oleh beliau sekailgus
membuktikan bahawa beliaulah pembelot parti yang paling hina kalau mahu
dibandingkan dengan beberapa nama sebelum ini.
Sikap berpaling tadah Lajim
Ukin di saat beliau masih memegang jawatan Timbalan Menteri Perumahan Dan
Kerajaan Tempatan serta meletakkan jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagia Beufort
membuktikan bahawa beliau meletakkan kepentingan peribadi lebih utama daripada
mempertahankan maruah UMNO serta Barisan Nasional.
Lajim yang mengaku pejuang
tetapi takut kalah dan sebelum kalah 29 haribulan Julai nanti beliau akan
mengumumkan untuk keluar daripada Barisan Nasional dan menyertai Parti Keadilan
Rakyat.Beliau begitu yakin BN akan tumbang dan ibarat kata pepatah,dahan belum
patah cuma baru bergoyang, Lajim sudah menjadi seperti beruk melompat mencari
dahan lain.
Lajim Ukin sudah pun
menghantar jemputan kepada rakan-rakan beliau untuk hadir di majlis Berbuka
Puasa di rumahnya di Beufort dan turut dihadiri oleh Hadi Awang, Lim Kita Siang
serta Anwar Ibrahim pada 29 Julai 2012 nanti.
Kali ini Lajim sudah tidak
berteka-teki lagi apabila segala ugutan dan tekanan diberikan kepada Perdana
Menteri tidak dipedulikan kerana pada tarikh itu jugalah beliau akan mengistiharkan
keluar UMNO untuk menyertai pembangkang.
Biarpun Lajim ada sejarah
lompatnya, namun lompatan di saat UMNO dan BN sedang bersiap sedia untuk
mendepani PRU13 cukup jahat serta paling tidak bermoral dilakukan oleh ahli
politik veteran seperti beliau kerana dalam saat mahu berperang Lajim menukar
kem dan menggunakan senjata yang diberikan UMNO dan BN untuk membunuh
rakan-rakan beliau dalam UMNO dan BN.
Lajim juga boleh kita
sifatkan sebagai pemimpin penipu kerana sebelum ini apabila ditanya adakah
beliau akan menyertai PKR menolak kenyataan tersebut tetapi rupa-rupanya beliau
menggunakan kedudukannya sebagai MT UMNO, Timbalan Menteri dan MP Beufort
adalah untuk mengugut kepimpinan pusat serta negeri supaya tunduk kepada segala
desakannya.
Tindakan Lajim ini juga
dikatakan berpunca daripada keyakinan beliau bahawa UMNO dan Barisan Nasional
akan kalah dalam PRU13 nanti bukan sahaja di Sabah tetapi diseluruh Malaysia
dan sebagai persiapan awal, untuk meneruskan survival politik beliau, beliau
akhirnya memilih untuk meninggalkan rakan-rakan yang lain dalam UMNO dan
Barisan Nasional untuk menyelamatkan dirinya sendiri dan faktor kononnya
perjuangan beliau adalah untuk rakyat Sabah hanyalah rekaan politiknya
semata-mata.
Malah Lajim juga bertindak
sedemikian kerana termakan dengan janji-janji Anwar Ibrahim yang akan melantik
beliau sebagai Ketua Menteri Sabah sekiranya pembangkang berjaya menumbangkan
BN dalam PRU13 nanti dan tidak cukup dengan itu Lajim juga dijanjikan jawatan
Timbalan Perdana Menteri Malaysia oleh Anwar (besar sungguh cita-cita politik
Lajim ini).
Elok jugalah Lajim
diperbodohkan oleh Anwar, dulu di Sarawak pun Baru Bian dijanjikan Ketua
Menteri Sarawak tapi akhirnya Baru Bian angkat sumpah di depan gambar Anwar
sahaja.
Lajim yang selama ini kita
anggap bijak bermain politik tetapi sejak menukar buah pinggangnya, beliau jadi
terlalu mudah untuk diperbodohkan dan UMNO serta BN diyakini tidak akan meratap
hiba dengan kehilangan parasit seperti Lajim ini dan lebih memudahkan UMNO dan
BN membuat pembersihan dalam parti.
Untuk PRU13, PM dan Musa
Aman harus mengenalpasti pemimpin yang setia pada parti dan tidak meninggalkan
medan perjuangan walau dengan apa cara sekalipun untukk dipilih sebagai wakil
BN ataupun UMNO dalam PRU nanti.
Huduh dan busuknya lagi
permainan politik Lajim ini walaupun dalam masa beliau menyandang jawatan
Timbalan Menteri, beliau masih mampu menebalkan muka menjaja jawatannya
termasuklah bertemu dengan Nik Aziz di Kelantan baru-baru lalu dan kalau
betullah dia bermaruah serta berwibawa sejurus selepas meletak jawatan sebagai
Ketua Bahagian Beufort, dia mengosongkan pejabatnya tetapi beliau masih
menggunakan taktik ugut dan mendesak Perdana Menteri untuk tunduk kepada 21
desakannya termasuklah mahu Musa Aman mengosong kerusi Ketua Menteri Sabah
dalam masa 15 hari.
Kita percaya dengan
pengkhianatan yang dilakukan oleh Lajim terhadap parti dan kerajaan ketika
ini,maka akan pecah berderailah segala kerakusan Lajim dan tidak pelik kalau
dilihat sikap rakus dan tamaknya mengejar jawatan Ketua Menteri, beliau juga
rakus menggunakan kedudukannya sebagai Timbalan Menteri Persekutuan ataupun
sebelum ini pernah menjadi Menteri di beberapa Kementerian dalam kerajaan
Negeri Sabah serta Ketua Merinyu Projek di Jabatan Ketua Menteri Sabah sewaktu
menyandang ADUN Klias.
Malah ada yang mendakwa
Lajim Ukin lebih korupsi daripada semua pemimpin dari Sabah dan pemerhati
politik tidak hairan apabila laporan daripada SabahKini.Net yang mendedahkan
hubungan kontrak serta projek dengan Shafie Afdal. Apa pula hubungan Shafie
dengan Lajim ini?
Untuk peringkat ini biar
kita kaburkan dulu kisah kedua-dua mereka ini namun kalau benar beberapa projek
di Sabah telah diberikan kepada Lajim melalui Kementerian Pembangunan Luar
Bandar, Lajim membuktikan juga dalam masa beliau berhasrat untuk meninggalkan
parti, beliau terus berusaha untuk `menyamun’segala projek-projek kerajaan.
Shafie dituduh ada kaitan
dengan tindakan Lajim ini terutama membabitkan projek Pembangunan Luar Bandar
bernilai RM150 juta, Projek Pembinaan Jalan Luar Bandar berimpak tinggi, Jalan
Montineor-Halogilat sepanjang 12 kilometer dengan kos RM82 juta, namun Lajim
memekak kononnya kedudukan beliau sebagai MP Beufort tidak dibantu oleh
Kerajaan Pusat.
Projek Jalan
Montineor-Halogilat ini termasuk dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
kerana difahamkan sebagai 'Projek Top-Up' sekalipun dikategorikan sebagai Jalan
Luar Bandar(JLB) oleh KKLW; tetapi terlalu tinggi iaitu RM6.83 juta bagi satu
kilometer sedangkan kos pembinaan jalan baru dan berturap di Sabah antara RM2
hingga RM3 juta (kos naiktaraf hanya RM1 juta).
Projek HQ.191/2011(F) bagi
kerja-kerja Naiktaraf Jalan Montenior-Halogilat, Beaufort, telah ditawarkan
kepada Syarikat Kumpulan Kemajuan K.K. (Sabah) Sdn. Bhd. pada 15 Disember 2011
dengan kos RM 81,536,660.10 oleh Jabatan Kerjaraya sebagai Penyelia Projek
setelah dipersetujui oleh Agensi Pelaksana, KKLW.
Syarikat Kumpulan Kemajuan
K.K. (Sabah) Sdn. Bhd. yang dimiliki Abd Kahar Bin Bacho, Faridah Ang Mei Ling
dan Sahlih Bin Sirin sebelum ini pernah melaksanakan Projek Pembinaan Kem
Batalion Ke-7 Rejimen Askar Melayu Diraja (7 RAMD), Batalion Infantri Standard,
Kem Kubota, Tawau, Sabah pada 26 Januari 2011 dengan kos RM 61,867,858.10 dan
Projek Naiktaraf Jalan Apin-Apin-Kg. Bundu-Kg. Tiga (Design & Build) pada
30 Julai 2007 dengan kos RM 18,585,154.87.
Semua projek Kerajaan
Persekutuan ini dikaitkan dengan Lajim dan belum terdedah lagi beberapa
penyelewengan sewaktu Lajim menjawat Menteri Pertanian Sabah satu ketika dulu
dan mereka ini semua sedang menunggu pengistiharan rasmi Lajim keluar dari UMNO
dan dipercayai Sabah terutama sekali di Beufort akan bergegar kisah Lajim
Ukin,pembelot serta pengkhianat yang mencipta sejarah ini.
Kita tidak tahu apa hubungan
antara Lajim dan Shafie dan kita amat berharap semua itu fitnah apabila Shafie
dikatakan menjadi perancang utama untuk mengkacaubilaukan politik Sabah
menjelang PRU13 nanti. Dan kita harap pemberian projek oleh Kementerian Shafie
kepada suku sakat ataupun Lajim sendiri bukanlah umpan untuk memalukan Najib
serta Musa Aman tetapi adalh kerana kemampuan syarikat dan kita juga berharap
siasatan SPRM tidak menemukan keterlibatan Lajim dalam kes rasuah termasuklah
projek Sisa Pepejal di Kementerian Lajim sebelum ini.
Kita tunggu episod
seterusnya Lajim Ukin ini. Adakah beliau akhirnya akan seperti dulu sujud dan
minta ampun serta maaf kepada Pairin Kitingan kerana mengkhianti parti itu dan
bila kena tipu dengan Anwar, beliau juga akan sujud dan minta maaf dalam bentuk
yang sama terhadap PM Najib serta Musa Aman.
Sumber : SANGGAH TOK JANGGUT
masa dk Lajim tinggalkan PBS tahun 1994 dan menjadi penyumbang kepada peralihan tampuk pemerintahan di Sabah kepaa BN, tiada orang BN yang cakap dia paling biadap, jahat, kotor serta keji dan inilah tindakan yang paling tidak bermaruah serta beradab dalam sejarah politik tanahair. Pemimpin BN bersorak kerana mereka menang walaupun secara tidak demokratik. Kedua, tindakan dua orang wakil rakyat perak keluar dari pakatan rakyat menyebabkan peralihan pemerintahan secara tidak demokratik, tiada juga pemimpin Bn yang cakap diorang paling biadap, jahat, kotor serta keji dan inilah tindakan yang paling tidak bermaruah serta beradab dalam sejarah politik tanahair. Bahkan mereka dialu-alukan. Sebabnya tindakan mereka menyebelahi SANGGAH TOK JANGGUT. Betul tak? Bagaimana kalau Lim Guan Eng, Anwar Ibrahim dan Hadi Awg lompat ke BN? Apakah SANGGAH TOK JANGGUT bilang mereka juga paling biadap, jahat, kotor serta keji dan inilah tindakan yang paling tidak bermaruah serta beradab dalam sejarah politik tanahair.Bagi saya, dalam negara kita, seseorang itu bebas bersuara, berpolitik asal tidak membahayakan keselamatan negara.
ReplyDelete