Sunday 1 July 2012

LAKSANA PROGRAM DAKWAH SECARA TERANCANG




SANDAKAN : Badan dakwah dan institusi Islam di negeri ini diminta agar sentiasa berbincang, merancang dan melaksanakan program dakwah secara terancang dan diselaras dengan berkesan.

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata ia penting bagi memastikan mesej dakwah dapat disampaikan dengan sempurna mengikut keperluan dan kumpulan sasar yang telah dikenal pasti.

"Ini termasuklah mengambil kira penglibatan golongan belia dengan pengisian pelbagai aktiviti yang dapat menarik mereka dalam pembangunan ummah," katanya ketika merasmikan Seminar Memperkasa Dakwah peringat Daerah Sandakan di sini hari ini.

Beliau berkata dalam giat merancang dan melaksanakan usaha-usaha pembangunan, kerajaan negeri juga menitik berat tanggungjawab penyebaran dakwah Islamiah di negeri ini.

Atas faktor itu, sumbangan dana diagih kepada pelbagai agensi yang melaksanakan secara khusus penyebaran dakwah Islamiah, katanya.

Musa berkata dalam usaha untuk menyebarkan dakwah, pendekatan yang berkesan dan teknologi terkini perlu diguna tanpa mengabaikan semangat perpaduan dan persefahaman dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama. (Bernama)

11 comments:

  1. Constant discussions and planning is need to ensure the programs goes smoothly and effectively.

    http://sabah-go-green.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Hopefully the allocations of funds will be done fairly among all agencies involving in spreading religious messages to the people.

    http://sabah-go-green.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. setiap program kena dilaksanakan dgn terancang.. dgn ini matlamat akan tercapai.

    ReplyDelete
  4. Perancangan yang sistematik amat penting sebelum melakukan sesuatu.

    ReplyDelete
  5. seketika ketepikan dulu soal politik, tumpukan soal keagamaan.

    ReplyDelete
  6. Selain pembangunan dari aspek fizikal, pembangunan spiritual juga amatlah penting.

    ReplyDelete
  7. Betul apa yang dikatakan. Biar apa yang didakwah itu sampai kepada penerima.

    ReplyDelete
  8. Itu saya sokong. Tidak dinafikan lagi dengan apa yang dikatakan itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rakyat perlu menyokong usaha dan program2 kerajaan.

      Delete
  9. Sabah bertambah maju dan pembangun di bawah pimpinan Datuk Musa Aman.

    ReplyDelete
  10. seperti PAS, BN juga tidak pernah mengabaikan atau melupakan agama Islam sebagai agama rasmi negara.. cuma isu agama ini tidak perlulah dijadikan bahan untuk mendapatkan sokongan politik seperti yang dilakukan oleh PAS..

    ReplyDelete