Thursday 26 July 2012

LOGO HARI MERDEKA 55 KARYA PEMBANTU RUMAH?




Saudara Pengarang,

SEBAGAI rakyat Malaysia di alaf Transformasi, saya amat kesal dengan sikap Jawatankuasa Sambutan Perayaan ke 55 tahun Kemerdekaan Malaysia kerana memilih logo setaraf 'Pembantu Rumah' atau 'Pra-Sekolah'.

Tidak tahu di mana silapnya, seolah-olah semua ahli jawatankuasa termasuk Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Mohd Rais Yatim tidak pernah melihat laman web http://pmr.penerangan.gov.my/ yang memaparkan logo sambutan sambutan hari kemerdekaan sejak 1976 sehingga 2011.


Saya lebih terkejut apabila melihat video di Youtube yang mendakwa logo  Kemerdekaan 55 boleh disiapkan tidak sampai 5 minit, malah hanya 3 minit sahaja menggunakan Adobe Photoshop atau Microsoft Word?


Persoalannya, apakah yang ingin disampaikan Menteri dan Jawatankuasa Sambutan Hari Perayaan Kemerdekaan Ke 55 Malaysia ketika Perdana Menteri mendapat keyakinan rakyat melalui pelbagai transformasi?

Sewajarnya, logo Kemerdekaan Ke 55 dicipta selari dengan hasrat Perdana Menteri yang digelar 'Bapa Transformasi' dan bukannya melakukan transform logo yang sudah basi di minda rakyat.

Semoga di tahun yang akan datang, sewajarnya logo hari kebangsaan dilukis atau dicipta oleh 'Kanak-Kanak Tadika' dan 'Orang Buta' kerana mereka mungkin lebih kreatif dan artistik daripada pencipta logo Sambutan Hari Kebangsaan Ke 55.

Salam Hormat,

MOHD ZAHID MOHD ANWAR

7 comments:

  1. pasal logo pun jadi isu.. yang penting logo itu sesuai dgn tema dan maksudnya sampai.

    ReplyDelete
  2. Logo, tema dua2 dipersoalkan. kalau begitu bagus kerajaan suruh rakyat sendiri cetuskan idea untuk logo dan tema Hari Kebangsaan tahun depan.

    ReplyDelete
  3. Mungkin pembangkang tidak senang dengan logo Janji ditepati iutu.

    ReplyDelete
  4. logo ini pun ada yang tidak puas hati. Hairan juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lain orang lain pendapat, ditambah lagi sekarang panas dengan PRU13.

      Delete
  5. Mungkin semua tu perlu dibuat semula, mungkin boleh anjurkan pertandingan membuat logo hari merdeka dan tema kemerdekaan tahun ni.

    ReplyDelete
  6. "logo pun nak dijadikan isu???" What!!

    logo tu represent imej dan mentaliti rakyat and pemimpin.
    Macam mana, logo-logo sebelum ni jauh lebih cantik dan nampak karisma, tiba-tiba jadi simple dan lame.... hmmm

    ReplyDelete