Friday 20 July 2012

MALANG SUNGGUH NASIB SK PIASAU




Oleh : JACK GIAU

KOTA BELUD : Kerajaan Persekutuan terutama Pejabat Pelajaran Daerah Kota Belud seharusnya tidak melengah-lengahkan penyaluran peruntukan pemulihan bangunan yang rosak teruk di Kg Piasau.

Selaku penduduk dan ibu bapa para murid SK Kg Piasau sudah tentunya marah dengan kelewatan pemulihan kelas SK Kg Piasau.

Untuk menangani masalah rakyat di kawasan Kadamaian amnya, SK Piasau yang masih belum menerima peruntukan sewajarnya semenjak mengalami bencana alam; sedangkan di Semenanjung Malaysia peruntukan kilat diluluskan serta merta.

Selang beberapa hari kejadian taufan merosakkan SK Piasau, Menteri Pelajaran Malaysia Tan Sri Dato Muhiddin Yassin telah mengumumkan pembinaan Dewan Serbaguna di salah satu sekolah di Semenanjung dengan peruntukan RM 1.2 juta, tetapi kenapa SK Piasau tidak menerima sebarang peruntukan kilat?

Kerajaan sepatutnya berlaku adil ke atas apa juga pembangunan termasuklah kerja-kerja kecemasan yang melanda negara ini tanpa mengira siapa wakil rakyat atau parti yang berkhidmat di kawasan tersebut.

Sewajarnya adalah menjadi tanggungjawab kerajaan menjamin pembangunan sama rata di seluruh negara, termasuklah Sabah dan Sarawak. Namun amat malang apabila murid dan guru di SK Kg Piasau mengalami kesukaran mengadakan pembelajaran kerana bangunan sekolah belum lagi dibaiki.

Difahamkan tabung PIBG juga kering kontang kerana telah digunakan untuk membiayai projek membaikan pulih bangunan dan membina kantin sementara untuk murid-murid dengan usaha sama para guru dan PIBG.

Pekerja yang digaji untuk membaiki bangunan sementara itu belum juga dibayar upahnya oleh PIBG kerana tidak kehabisan tabungan kewangan.

Menurut penjelasan wakil rakyat, ketika dihubungi makluman peruntukan pembaikan adalah tanggungjawab PPD Daerah Kota Belud yang sepatutnya bertindak segera untuk menangani masalah di SK Kg Piasau.

Difahamkan wakil rakyat berkenaan hanya meluluskan peruntukan RM30,000 sahaja sedangkan PPD telah memohon RM300,000 untuk tujuan berkenaan.

Selaku ibubapa serta penduduk Kg Piasau, saya amat bersetuju dengan PIBG SK Piasau mengesa pihak PPD Daerah agar berusaha membantu menyelesaikan masalah bangunan sekolah SK Piasau agar dibina semula, dan jika Kementerian Pelajaran Malaysia prihatian, wajar dinaiktaraf ke bangunan konkrit.

Memandangkan SK Kg Piasau adalah sekolah tertua di daerah ini selain daripada SK Pekan Kota Belud, maka sepatutnya Kementerian Pelajaran Malaysia menaiktarafkan sekolah SK Piasau setanding dengan SK Pekan Kota Belud yang telah pun berubah wajah.

Mengikut pemantauan saya, kawasan Kadamaian tidak ada pembinaan sekolah baru selain dari pada Sekolah SMK Tombulion, dibandingkan dengan kawasan Tempasuk dan Usukan.

Di Usukan, sekolah yang telah dinaiktaraf ialah SK Sembirai, SK Timbang Dayang, SK Kulambai, SMK Pekan II, Sekolah Agama Tun Said (baru) dan di kawasan Tempasuk pula ialah SK Rosok, SMK Taun Gusi2, SK Tamau.

Namun di kawasan Kadamaian, SK Piasau, SK Podos, SK Ranggalau SK Tombulion, SK Sayap, SK Nahaba, SK Tangkurus dan SK Tuguson semakin usang dan sewajarnya dinaiktaraf sejak sepuluh tahun lalu.

Setelah Sabah merdeka hampir 49 tahun, namun transformasi pendidikan melalui NKRA yang dijanjikan Kerajaan 1Malaysia masih menjadi igauan kosong rakyatnya dan kanak-kanak sekolah masih belajar di sekolah yang lebih daif daripada kandang kambing dan reban ayam.

Perancangan dan cadangan kerajaan untuk menukar PTPTN kepada biasiswa dengan syarat pelajar mendapat status '1st grade' dalam keputusan pendidikan, sudah tentu pelajar Sabah tidak akan mendapat keistimewan tersebut sekiranya keadaan pendidikan di Sabah tidak diambil perhatian serius.

Penduduk Kota Belud, terutama Kadamaian baru-baru mengharapkan kehadiran Timbalan Perdana Menteri ke daerah ini meninggalkan satu kenangan yang bermakna, seperti meluluskan penubuhan satu institusi pengajian tinggi yang di war-warkan sebelum ini iaitu penubuhan Universiti Teknologi Mara kerana tapaknya di Kg Nahaba telah lama tersedia.

Namun harapan hanya tinggal harapan kerana Timbalan Perdana Menteri pulang dengan tangan kosong. Malah dalam perjumpaan di Dewan SMK Narinang, rakyat Kota Belud kecewa kerana Adun Kadamaian, Datuk Herbert Timbun Lagadan masih dengan jenaka basinya meminta jalanraya dinaiktaraf, sinonim dengan namanya Timbun, maka bertimbun-timbun masalahnya.

Ketika berucap di majlis yang sama, Timbalan Perdana Menteri telah mengumumkan peruntukan pembinaan infrastruktur kawasan Kadamaian termasuk jalanraya, tetapi tidak di luluskan dengan serta merta seperti yang berlaku di Semenanjung dan rakyat terpaksa menunggu sehingga tahun 2013.

6 comments:

  1. pemulihan sekolah itu harus dilakukan segera bagi memudahkan proses pembelajaran berlaku.

    ReplyDelete
  2. Bukankah perlu menunggu kelulusan dari kerajaan pusat dulu baru peruntukan disalurkan??

    ReplyDelete
  3. Kemudahan yang bermasalah dalam pendidikan perlulah disegerakan penyelesaiannya.

    ReplyDelete
  4. Sebaiknya peruntukkan seharusnya dipercepatkan. Tambahan lagi ini berkaitan dengan pendidikan. Jadi kerajaan harus menyelesaikannya. Ini akan menjejaskan pembelajaran anak-anak dikawasan tersebut. kerana terpaksa belajar dengan kekurangan.

    ReplyDelete
  5. Kejadian yang menimpa SK Piasau menunjukan keperihatinan kerajaan apabila dengan segera membantu kepada sekolah tu.

    ReplyDelete
  6. Gunakan peruntukan tu sebaik mungkin.

    ReplyDelete