KUALA LUMPUR: Malaysia akan
menjadi sebuah negara menua menjelang tahun 2030 dan ia merupakan satu cabaran
kepada kerajaan, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat Datuk Heng Seai Kie.
Beliau berkata ini kerana
dalam tempoh 18 tahun akan datang, 15 peratus daripada populasi penduduk negara
ini terdiri daripada mereka yang berumur 60 tahun ke atas.
Malaysia mencapai tahap
negara menua hanya dalam tempoh 26 tahun, lebih cepat jika dibanding dengan
negara Eropah yang mengambil masa 100 tahun untuk mencapai tahap menua,
katanya.
Beliau berkata demikian
kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Penuaan Penduduk:
Isu dan Cabaran di Universiti Malaysia di sini, hari ini. Turut hadir Pengerusi
Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Tan Sri Napsiah Omar
dan Ketua Pengarah LPPKN Datuk Aminah Abdul Rahman.
Heng berkata menyedari
hakikat itu, kerajaan telah meluluskan penambahbaikan Dasar dan Pelan Tindakan
Warga Emas pada 5 Jan 2001 yang menekankan kepada pendekatan pembangunan modal
insan sepanjang hayat.
Beliau berkata tumpuan
kepada penambahbaikan itu meliputi aspek persediaan, pencegahan dan pengukuhan
selain mengambil kira keperluan mendaya upayakan golongan warga emas.
Heng juga berkata setiap
anak-anak perlu bertanggungjawab dalam menjaga dan memberi perlindungan kepada
ibu bapa mereka dan tidak bersikap lepas tangan serta menyerahkan sepenuhnya
kepada kerajaan.
“Setiap kita semakin tua,
jadi anggaplah menjaga warga emas pada hari ini ibarat kita menjaga diri kita
sendiri pada hari tua,” katanya.
Persidangan sehari hasil
kerjasama pintar antara LPPKN dan Universiti Malaya itu dihadiri 300 peserta
dari dalam dan luar negara.
Sebanyak 12 kertas kerja
dibentang, antaranya ‘Peranan Keluarga dalam Memenuhi Cabaran Penuaan Penduduk
di Malaysia: Dasar dan Intervensi’ olehTimbalan Ketua Pengarah (Polisi) LPPKN
Dr Anjli Doshi Gandhi; ‘Aspek Sosial dan Ekonomi Warga Emas di Thailand’ oleh
Pengarah Penyelidik Institut Penyelidikan Pembangunan Thailand Dr Worawan
Chandoevwit; dan ‘Sistem Keselamatan Pendapatan di Republik Korea? Hala Tuju
untuk Pembangunan’ oleh Ketua Ekonomi Bank Pembangunan Asia Dr Donghyuan Park.
bolh perjelaskan lebh terperinci apa itu negara menua.. adakah ia satu perkara positif atau negatif.
ReplyDeleteSaya pun mempunyai soalan yang sama. Adakah negara menua itu suatu yang positif atau di sebaliknya.
DeleteSemua pun akan menua, logik tu..hehee
DeleteBah kalau semua yang tanya siapa yang berikan jawapan ini?Hahaha Apa pun jika difahami cerita ini seperti berkaitan dengan orang tua.
ReplyDeleteBiar menua ke arah kebaikan dan lebih positif.
ReplyDeleteapa sebenarnya kelebihan bagi negara yang telah mencapai status negara menua ini??
ReplyDeleteselama ini, apa yang saya tahu, kita hanya perlu mencapai status negara maju.. maju dari segi ekonomi, pembangunan, sosial dan politik.. menua?
ReplyDelete