Sunday 15 July 2012

MALAYSIA PERLU MANUSIA BERINTELEK TINGGI


 
  

TETAMU ….Liew bersama-sama dengan tetamu kehormat di Majlis tersebut.


Oleh : SHAIMON S JUMADI                      Foto: SAFFIE S JUMADI

TIMBALAN Menteri Di Jabatan Perdana, Menteri Datuk Liew Vui Keong berkata dalam menghadapi dunia globalisasi yang kian mencabar, pendidikan adalah merupakan elemen terpenting yang tidak boleh diabaikan oleh setiap ahli masyarakat.

Dalam pada itu pendidikan adalah amat penting demi perkembangan ekonomi dan sosial di sesebuah negara dan pada hakikatnya penyedari kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Dato’ Mohd Najib Tun Abdul Razak telah menjadikan pendidikan sebagai satu daripada enam (6) Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

Kata Liew semua ini dilakukan bagi membolehkan lebih ramai modal insan bertaraf dunia dilahirkan untuk terus memacu pembangunan dan daya saing negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi.

Liew berkata demikian ketika berucap di Majlis Permuafakatan Ibu Bapa Bersama Ahli Parlimen Sandakan yang diadakan di Dewan Sri Pahlawan, SMK Datuk Pengiran Galpam Sandakan, di sini kelmarin.

Justeru, kerajaan Kata Liew sebagai peneraju wawasan tidak pernah jemu merancang, merangka serta melaksanakan pelbagai program pembangunan pendidikan demi menfaat dan masa depan generasi muda hari ini.

“Segala perbelanjaan yang dilakukan kerajaan pada hari ini khususnya dalam aspek pendidikan adalah merupakan  satu bentuk pelaburan keatas anak-anak muda Malaysia demi memacu kemajuan negara melahir masyarakat berintelek tinggi ke arah pencapaian 1Malaysia,” ujarnya Liew lagi.



 HADIR…Para Ibubapa dan Guru-Guru yang menghadiri majlis tersebut.



Dalam hal ini, tambah Liew, bagi meningkatkan lagi taraf kualiti pelajar agar anak-anak muda terus mendapat pendidikan yang sempurna, Perdana Menteri yang juga merangkap Menteri Kewangan dalam Ucapan Bajet 2012 pada 7 Oktober 2011 telah mengumumkan Bantuan Khas Awal Persekolahan sebanyak RM100 diberikan kepada semua pelajar di Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah dari Tahun satu hingga Tingkatan Lima bagi meringankan beban kewangan keluarga.

“Ini merupakan satu langkah yang amat positif bagi membolehkan seseorang pelajar itu membuat persedian awal untuk permulaan sesi persekolahan dan seterusnya memberi fokus kepada pelajaran dengan serta merta,” tambah VK Liew.

Selain itu jelas Liew lagi, ia bertujuan untuk membolehkan setiap anak-anak Malaysia berpeluang kepada masa depan yang lebih baik di mana Kerajaan telah mengumumkan pemansuhan bayaran yuran yang dikenakan kepada pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah bagi kourikulum, ke atas ujian dalaman antaranya seperti Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (SSSM) dan Insurans Takaful mulai sesi persekolahan 2012.

Liew menambah bagi memenuhi dan mencapai aspirasi 1Malaysia, semua pihak dan anggota masyarakat perlulah memahami bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa memberi fokus utama kepada sistem pendidikan negara demi pembinaan akhlak, moral, sahsiah diri, penghayatan, sains pengetahuan am dan lain-lain ilmu kemahiran diri demi masa depan dan anak-anak muda kita.


Turut hadir pada Majlis itu ialah Penolong Kanan SMK Datuk Pengiran Galpam, Kewa Ama Meus; Timbalan Yang Di Pertua PIBG SMK Pengiran Galpam, Puan Sarimah Basrie dan Pewaris Sekolah Datuk Hj Abdul Rahman Datuk Pengiran Galpam.

20 comments:

  1. Mendukacitakan bila rakyat M'sia yang pintar2 berada di luar negara dan bukannya menyumbang kepada negara sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mereka seharusnya sumbangkan kemahiran mereka untuk negara.

      Delete
    2. Inilah yang disebut sebagai brain drain. ramai yang lebih suka berkhidmat di luar negara kerana gaji pun berbaloi.

      Delete
  2. Saya sokong.. Ini bagi memastikan Malaysia ini bersaing dengan negara maju lain.

    ReplyDelete
  3. Itu pasti diinginkan. Namun pastikan juga pendidikan diberikan keutamaan seperti dikawasan luar bandar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya. kemudahan sekolah di luar bandar sentiasa diperbaharui.

      Delete
  4. Pendidikan amat penting pada masa kini, jadi anak2 perlu belajar dengan sungguh2.

    ReplyDelete
  5. di negara2 maju, majoriti rakyatnya terdiri daripada pekerja separuh mahir dan mahir.. hampir tidak ada pekerja tidak mahir..

    ReplyDelete
  6. mungkin lebih elok jika kerajaan mengkaji kaedah2 yang digunakan oleh negara2 maju untuk meningkatkan sistem pendidikan mereka..

    ReplyDelete
  7. Malaysia sits in the middle of South East Asia. It also holds the middle ground in development terms, less wealthy but considerably cheaper than its immediate neighbor Singapore and well ahead of the surrounding countries of Thailand, Vietnam and Indonesia. An educated, healthy and relatively wealthy population and stable business climate make it an ideal base for investment.

    ReplyDelete
  8. Global economic conditions and an imminent general election mean some industries are in wait-and-see mode, though for most it will be business as usual, regardless of which political party is in power.

    ReplyDelete
  9. Historically, Malaysia has largely been off the PE investors’ radar because of lack of size and suitability. PE activity has focused on manufacturing and services, though in recent years funds have looked at opportunities in oil and gas services and renewable energy projects, but few deals have yet been done due to valuation gaps.

    ReplyDelete
  10. Malaysia has one of the largest stock exchanges in the region, with almost 1,000 listed companies. Some listed companies are having second thoughts as to whether public markets are their best source of capital, and could be attractive targets for PE as owners seek finance to expand and grow.

    ReplyDelete
  11. Mergers and acquisitions are well established, with domestic conglomerates trading companies amongst themselves. To date there has been little incentive for these conglomerates to sell operations, but pressure from the tougher commercial environment may trigger divestments, especially of non-core operations.

    ReplyDelete
  12. In the near horizon small to medium sized enterprises (SMEs), which have remained low profile due to the older generation business mindset may open up when the younger generation of the family take over and approach the business with a more professional operating style, including opening up to financial and/or strategic investors for expansion and growth.

    ReplyDelete
  13. As a destination for PE investment, Malaysia has its attractions. High GDP, a well educated workforce, a government that encourages foreign investments and an open and stable political environment mean the business case for using the country as a springboard to build regional champions is often sound.


    ReplyDelete
  14. Malaysia has not been immune to the global recession, with the economy contracting 1.7 percent in 2009, after growing an average 5.8 percent in the five previous years. As quickly as the economy turned down, largely because of a 21.8 percent slowdown in exports, particularly electrical and electronic products that make up 40 percent of exports, it has bounced back, expanding 7.2 percent in 2010 as exports rose 30 percent and private consumption 6.6 percent.

    ReplyDelete
  15. Early indications are that uncertainties in 2011 will affect growth, but the pain may be softened by the fact that the economy is more closely tied with the region than the wider world. Malaysia’s top five export destinations in 2010 were Singapore, China, Japan, the US and Thailand.

    ReplyDelete
  16. Aside from the city-states of Hong Kong and Singapore, Malaysia is the one Asian country classified as having “high human development” by the UN.4 GDP per head of US$9,850 is almost twice the Asia average.5 In 2010 Malaysia launched the Economic Transformation Programme (ETP), which aims to turn the country of 28 million into a fully developed nation by 20206. Foreign investors, who are expected to provide 25 percent of the funding for ETP projects, are encouraged by clear processes, documentation and liberalization of foreign ownership laws.

    ReplyDelete
  17. Active private equity investors in Malaysia are a mix of domestic and international funds. Government-controlled Khazanah Nasional is a significant player, with a handful of funds targeting smaller deals, including Navis Capital Partners, Ekuinas, CIMB Private Equity and CapAsia. International funds have come from Asia Pacific, the US, Europe and increasingly the Middle East.

    ReplyDelete