Friday 13 July 2012

'MANSUH EO MUNGKIN SEBABKAN JENAYAH NAIK'




Oleh : AIDILA RAZAK

PEMANSUHAN Ordinan Darurat (EO) sedang dipertimbangkan sama ada menjadi faktor terhadap peningkatan kadar jenayah, kata Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU).

Pengarah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Mengurangkan Jenayah Eugene Teh berkata, pihaknya kini masih meneliti kesahihan hipotesis itu.

"Kita sedang meneliti sama ada ia menjadi penumbang utama atau hanya (faktor) subset," katanya dalam program penerangan unit itu kepada media hari ini.

Beliau menambah, pihaknya juga sedang menjejak beberapa kes terkini bagi melihat sama ada ia berpunca daripada pembebasan tahanan Simpang Renggam ekoran pemansuhan EO.

Teh mengakui berlaku peningkatan jenayah ganas tetapi sebab jelasnya masih belum pasti setakat ini. (MKINI)

9 comments:

  1. ia ia memberi kesan terhadap peningkatan jenayah, baik tak perlu dimansuhkan.

    ReplyDelete
  2. Perlu beri maklumat yang betul tentang statistik jenayah di negara ini.

    ReplyDelete
  3. Mungkin juga..Tapi mungkin juga kerana ekonomi yang kurang stabil dan pendapatan rakyat yang kurang dengan keadaan harga barangan meningkat juga antara jenayah berlaku.

    ReplyDelete
  4. Betul..Jika kita lihat sekarang pelbagai kes jenayah telah berlaku di Negara kita ini. Apa yang berlaku sebenarnya? mana undang-undang di Negara kita ini. Mana pihak berkuasa dan pihak keselamatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jenayah perlu ditangani untuk keselamtan rakyat.

      Delete
  5. Pihak berkuasa memang perlu mengurangkan kadar jenayah di Sabah

    ReplyDelete
  6. kajadian amuk di puterajaya macam mana pula?

    ReplyDelete
  7. "LABUAN: National Unity and Integration Department director-general Datuk Azman Amin Hassan said Malaysia ranked 20th in the Global Peace Index (GPI)."

    Malaysia most peaceful country in Southeast Asia

    ReplyDelete
  8. “The GPI also shows that our country is listed as the most peaceful country in Southeast Asia and number four in Asia,”

    Malaysia most peaceful country in Southeast Asia

    ReplyDelete