Saturday 7 July 2012

MAS, AIRASIA KE ARAH KEMBARA DOMESTIK




KOTA KINABALU : Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar telah mencadangkan agar Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia memperkenalkan promosi istimewa untuk menarik pengembaraan domestik.

Menterinya, Datuk Masidi Manjun berkata promosi sedemikian akan menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk terus mengembara ke destinasi-destinasi lain dalam negara, sekali gus dapat merancakkan pertumbuhan industri pelancongan domestik.

"Saya maklum yang MAS telah menawarkan pakej istimewa untuk laluan antarabangsanya.

"Saya tidak lihat mengapa MAS, begitu juga AirAsia tidak boleh membuat sedemikian untuk laluan domestik dan pada masa yang sama mencapai jumlah dagangan yang diharap-harapkan," kata beliau kepada pemberita selepas pelancaran Pameran Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Sabah 2012.
 

Masidi berkata promosi khas/istimewa untuk pengembaraan domestik oleh kedua-dua syarikat penerbangan boleh melonjakkan minat di kalangan pengembara.

"Ini terutamanya di kalangan pelancong antarabangsa, yang mungkin telah kehilangan minat untuk ke Sabah ekoran penggantungan beberapa laluan antarabangsa oleh MAS," tambah beliau. (Bernama)

8 comments:

  1. Good suggestion from Datuk Masidi Manjun to have special promotion from Air Asia and MAS to attract more domestic flights. Hopefully the two airline companies will consider this proposal.

    sabah-go-green.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Due to the suspended flight service from MAS, the Sabah tourism industry was affected, hopefully this promotion can help give our tourism industry a boost.

    sabah-go-green.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. harap cadangan ini diterima, ia dpt menggalakkan lagi kehadiran pelancong ke Sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cadangan2 yang boleh menguntungkan Sabah perlu disokong.

      Delete
  4. Idea yang bagus.harap makin ramai pelancong yang akan datang ke Sabah semula.

    ReplyDelete
  5. Segala usaha kementerian untuk mempromosikan Sabah harus disokong oleh rakyat Sabah.

    ReplyDelete
  6. Teruskan memberikan penerbangan yang terbaik untuk Sabah dan Sarawak.

    ReplyDelete
  7. ""Negotiations to buy a large share of a regional airline with Sarawak could boost Sabah’s domestic tourism sector by bringing in increasing numbers of tourists.""
    Sabah: Responding to tourism challenges

    lagi bagus jika sabah ada kapal terbang sendiri..

    ReplyDelete