Monday 9 July 2012

MASYARAKAT CINA HILANG TEMPAT MENGADU?




Oleh : ADURA HAMZAH

PARTI Liberal Demokratik (LDP) merayu Kerajaan Negeri Sabah menaiktaraf status sosial Kapitan Cina bagi mengelak pengaruh pembangkang menyubur di kawasan bandar dan luar bandar Sabah.

Timbalan Pengerusi LDP Silam, Chong Su Vun ketika menghubungi Sabahkini.net menegaskan, peranan Kapitan Cina semakin dilupakan masyarakat Cina yang kini bergantung harap kepada pemimpin Pembangkang parti seperti DAP dan SAPP kerana fungsi Kapitan Cina semakin terhakis.

"Kita berterima kasih kepada Ketua Menteri Sabah yang telah mengumumkan kenaikan elaun Kapitan Cina daripada RM450 kepada RM650 pada Mac lalu, tetapi status sosialnya masih menyekat institusi ini berfungsi sebagaimana tujuan sebenar diwujudkan," ujar Chong.

Memang agak memalukan apabila gelaran 'Kapitan Cina' hanya setaraf 'Ketua Kampung' sedangkan hirarki sebenarnya kata Chong, setaraf 'Ketua Daerah'.

"Masyarakat Cina seperti ayam kehilangan ibu mencari tempat mengadu kerana sukar mencari Kapitan Cina yang tidak mempunyai pejabat tetap, melainkan kedai kopi atau menumpang di rumah atau pejabat Adun atau Ahli Parlimen," tegas Chong yang menyebut senario ini menyebabkan jurang pentadbiran semakin melebar.

Akibatnya, kata Chong, masyarakat Cina terpaksa mengadu kepada pemimpin Pembangkang yang menangguk di air keruh dan mempergunakan kesempatan ini untuk melebarkan pengaruh dan menanam bibit politik sehingga masyarakat Cina condong menyokong pembangkang.

Sewajarnya kata Chong, Kerajaan Negeri Sabah mengimbas kembali peranan institusi ini yang pertama kali diwujudkan di era Portugis dan mula popular ketika Yap Ah Loy menjadi Kapitan Cina Kuala Lumpur di antara 1868-1885 dan peranannya dimansuhkan pada 1902 selepas kematian Kapitan Yap Kwan Seng.

"Kita harap Kapitan yang bakal dilantik atau digantikan dalam penyusunan semula sewajarnya benar-benar mewakili parti masyarakat Cina dan bukannya parti Komponen BN yang berbilang kaum seperti PBRS, PBS dan UPKO," ujar Chong yang berpendapat perlantikan berkenaan hanya bermotif politik dan bukannya untuk memberikan perkhidmatan kepada masyarakat Cina.

Bagaimanapun Chong menjelaskan bahawa beliau tidak bermaksud mengkritik sistem pentadbiran pihak berkuasa tempatan, sebaliknya sebagai sumbangan buah fikiran untuk memastikan dua kerusi iaitu DUN Sri Tanjung dan Kota Kinabalu berjaya dirampas kembali daripada DAP.

"Ini hanya pandangan peribadi saya setelah mengkaji punca kemerosotan masyarakat Cina terhadap BN. Sebagai ahlia parti komponen LDP berhak menyumbang idea untuk memantapkan kekuatan BN," kata Chong yang mengakui telah menulis surat kepada Presiden LDP sekalipun pandangan berkenaan adalah pandangan peribadi beliau sendiri.

19 comments:

  1. smua kaum termasuk kaum cina tidak harus dipinggirkan.

    ReplyDelete
  2. sekolah2 malah tempat ibadat kaum Cina diberi peruntukan oleh kerajaan sama juga seperti kaum2 lain di negara ni.

    ReplyDelete
  3. Semoga kepentingan setiap penduduk akan dapat diberikan perhatian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diharap kerajaan memberi perhatian kepada semua rakyat Sabah.

      Delete
  4. Setiap kaum dan bangsa perlu diambil berat dan tidak patut dipinggirkan.

    ReplyDelete
  5. Kerajaan akan sentiasa memberi perhatian kepada kaum cina, malah akan memberi perhatian pada semua kaum di Sabah

    ReplyDelete
    Replies
    1. malah kewujudan LDP yang mewakili kaum cina di negeri ini juga membuktikan bahawa kerajaan negeri tidak mengabaikan kaum itu..

      Delete
  6. pintu Sabahkini sentiasa terbuka luas menerima aduan dari mana2 pihak atau kaum di negeri ini..

    ReplyDelete
  7. Chinese clan association leaders should be open to opinions and criticism, said the United Society of GuangDong Province Association Sabah honorary adviser, Tan Sri Andrew Liew Sui Fatt.

    ReplyDelete
  8. He said clan associations often work with other clan associations in matters pertaining to the benefits of the Chinese community.

    ReplyDelete
  9. IT is hoped that association leaders are open to different opinions and criticisms, rather than regarding different views as noise,” he said when officiating at the second installation ceremony of The United Society of GuangDong Province Association Sabah for year 2012-2014.

    ReplyDelete
  10. Likewise, he said the committee of the federation should be receptive to constructive opinions in overcoming issues. The federation was established on November 20, 2009.

    ReplyDelete
  11. Liew also urged the federation to stay united and together contribute towards the betterman of the clan associations, society and nation.

    ReplyDelete
  12. Meanwhile, The United Society of GuangDong Province Association Sabah chairman Datuk Jimmy Yong Kyok Ming said the federation has set up a foundation with the aim of raising funds in order to acquire a shoplot for the association.

    ReplyDelete
  13. The plan, as Yong said, is to rent the ground floor unit to cover the association’s expenses, while the upper floor will be used by the association. He thanked the association’s honorary advisor Datin Vicky Lai for donating RM50,000, which gives a total sum of RM80,000 at the association’s bank account.

    ReplyDelete
  14. Yong added that the association has invited all GuangDong based associations in Sabah to join the federation.

    ReplyDelete
  15. There are 400,000 Chinese population in the State, while the GuangDong clan makes up more than 300,000 of the Chinese population.

    ReplyDelete
  16. He pointed out that the Chinese people here were unable to unite in tackling issues affecting the Chinese community as there were many Chinese associations and Chinese political parties.

    ReplyDelete
  17. Hence, Yong said the priority was to unite GuangDong based associations, and work with other federations in uniting the Chinese in Sabah in order to fight for the rights and benefits of the Chinese community.

    ReplyDelete